FANDOM


Ahli Fairy Tail
Ahli sihir
Kanji

魔導士

Rōmaji

Madōshi

Informasi
Ketua

N/A

Lokasi

Earthland
Edolas (sudah dibubarkan)

Tujuan ditubuhkan

Pelbagai

Ahli sihir (魔導士 Madōshi) adalah taraf pekerjaan yang digunakan bagi manusia yang mempunyai kuasa magik. Definisi lain bagi ahli sihir adalah seorang pengguna Magik, dengan menggunakan Kuasa Magik mereka untuk jampi mantera dan menggunakan alatan magik.[1]  Mereka terdiri hanya 10% penduduk di Earthland, dan baki 90% penduduk dikatakan tidak mampu atau tidak pandai menggunakan Magik.[2] Ahli sihir biasanya berada di dalam sebuah Persatuan, dimana mereka boleh mengambil Pekerjaan sebagai sumber pendapatan sendiri dan pemngembaraan; menurut penerangan dalam manga melalui watak Lucy Heartfilia, ahli sihir tidak boleh dianggap sepenuhnya sebagai ahli sihir sehingga mereka menyertai Persatuan pilihan mereka sendiri.[3] Terdiri daripada tiga jenis ahli sihir dalam dunia Fairy Tail: Ahli Sihir Rasmi, Ahli Sihir Gelap and Ahli Sihir Bebas.

Jenis Ahli SihirSunting

Ahli Sihir Rasmi adalah ahli sihir yang menyertai persatuan rasmi, mengambil pekerjaan rasmi dan di bawah kawalan Majlis Magik. Mereka sentiasa dipandang tinggi,[3] jika ada yang agak terkenal mereka berpeluang dimasukkan dalam Majalah Sorcerer.[4]

Ahli Sihir Gelap adalah ahli sihir yang menduduki Persatuan Gelap yang haram di Earthland, Persatuan yang tidak diiktiraf oleh Majlis Magik, ataupun hilang pengiktirafan kerana jenayah yang dilakukan,[5] atau tidak mendapatkan pengiktirafan oleh Majlis.[6]  Setelah dilucutkan daripada kelulusan Majlis, Persatuan diperintahkan untuk membubarkan, dan jika mereka tidak mematuhi perintah itu dan terus berfungsi, kemudiannya dikategorikan sebagai Persatuan Gelap, diketahui oleh semua orang berkenaan tujuan dan maksud sebagai organisasi jenayah.[5] Dalam imaginasi secara kolektif, Persatuan gelap biasanya mempunyai niat jahat, dan segelintir, hanya untuk kepuasan sendiri, serta sangat jahat, paling tidak mereka dianggap gila.[6] Ahli sihir ini dikatakan mengambil pekerjaan haram dan dianggap sebagai pembangkang utama dan ancaman kepada Persatuan Rasmi dan Majlis Magik sendiri.[5] Banyak Ahli Sihir Gelap diperkenalkan setakat ini biasanya mengetepikan Persatuan Rasmi, sering melihat cara Persatuan Rasmi mematuhi undang-undang sebagai menyekat potensi penuh Persatuan Gelap.[7] Seringkali Ahli Sihir Gelap mencari kaedah untuk menghidupkan semula makhluk jahat dan memperoleh magik yang merosakkan untuk melaksanakan rancangan jahat mereka;[8] ada sesetengah mencuba untuk menghidupkan Zeref, yang dianggap dalam dunia Fairy Tail sudah mati 400 tahun dahulu.[9]

Ahli Sihir Bebas adalah ahli sihir yang tidak terlibat dalam Persatuan Rasmi dan Persatuan Bebas, sebaliknya menjadi sebahagian daripada apa yang dipanggil Persatuan Bebas, sebuah Persatuan yang tidak diketahui oleh Majlis Magik mahupun ditentang oleh majlis, mungkin disebabkan oleh Majlis itu sendiri tidak sedar tentang kewujudan mereka.[10]

MagikSunting

Magik

Magik Caster dan Magik Holder

Magik (魔法, Mahō) adalah bentuk pertarungan utama bagi ahli sihir, dan dijual dan dibeli seluruh dunia fiksyen Fairy tail.[11] Semua jenis Magik digunakan dalam demensi Earthland, dan mereka berkebolehan dalam kepelbagaian kepengguanaan, seperti menyerang,[12] pertahanan[13] dan bantuan.[14] Penerangan lain dalam manga melalui Pengerusi Persatuan dari Persatuan Fairy Tail, Makarov Dreyar, menerangkan magik bukannya "mukjizat". Ia adalah "kuasa" yang wujud di dalam badan seseorang. Apabila ia mengalir keluar dan bergabung dengan "alam", ia akan menjelma dalam "bentuk" yang kukuh. Makarov juga menambah mereka memerlukan mental yang kuat dan tumpuan yang tinggi untuk melakukannya.[15]

Menggunakan salah satu magik akan mengurangkan kuasa magik dari badan pengguna atau sumber luaran,[1] kecuali alatan yang wujud dalam dimensi Edolas, kerana alatan mereka dikuasai oleh Lakrima.[16]

Terdapat dua jenis magik dalam dunia fiksyen Fairy Tail: Magik Jenis Caster dan Magik Jenis Holder.[17] Di bawah kedua jenis ini terdapat beberapa kategori kecil yang lain.

Kuasa MagikSunting

Kuasa Magik adalah tenaga yang digunakan untuk mengaktifkan magik, dan ianya terkumpul daripada Eternano. Setiap ahli sihir mempunyai bekas yang membolehkan ahli sihir tahu akan had penggunaan kuasa magik. Apabila bekas itu kehabisan, Eternano datang daripada udara dan terkumpul semula di dalam badan: lama-kelamaan kuasa terkumpul semula. tetapi, Hiro Mashima menambahkan terma lain yang berkaitan iaitu Second Origin. Second Origin adalah bekas kedua yang tidak aktif dan merupakan kuasa yang terkumpul dan tidak dapat digunakan. Jika kuasa Second Origin ini dilepaskan, mereka akan mendapat jumlah kuasa yang amat besar.[18]

Pangkat dalam PersatuanSunting

Pengerusi PersatuanSunting

Pengerusi Persatuan

Beberapa Pengerusi Persatuan dari salah satu liga wilayah.

Pengerusi Persatuan adalah terma yang digunakan bagi ahli sihir yang merupakan ketua sesebuah persatuan yang dia sertai, berkesan bertindak sebagai pemimpin Persatuan dan kuasa tertinggi. Sebagai ketua dalam persatuan mereka mempunyai kuasa untuk mengarah anak-anak buahnya untuk sesuatau perkara. Pengerusi Persatuan juga perlu merapatkan hubungan diantara Persatuan yang lain. Kesepakatan ini dipersetujui oleh semua ketua. Jadi mereka sering mengadakan perjumpaan biasa bagi menceritakan masalah dan perkembangan persatuan masing-masing. Pihak yang hanya di atas Pengerusi Persatuan dalam hierarki magik merupakan ahli-ahli Majlis Magik yang menyelia setiap Persatuan.[19]

Ahli Sihir Kelas SSunting

Aura Magik Gildarts

Gildarts Clive, salah seorang ahli sihir kelas S dari Persatuan Fairy Tail

Mage Kelas S adlah ahli elit dalam Persatuan, dan biasanya yang terkuat dalam Persatuan. Hanya ahli sihir kelas S yang rasmi sahaja dibolehkan mengambil Pekerjaan Kelas S; ahli sihir yang berpangkat rendah dibolehkan mengambil Pekerjaan Kelas S jika salah seorang Mage Kelas S ikut bersama. Misi Kelas S dikatakan amat berbahaya dan jika ada kesilapan yang kecil berlaku, mungkin kematian akan menunggu.[20] Tetapi bayaran yang diberikan sangat lumayan sehingga mencecah jutaan Jewel.[21]

Dalam Persatuan Fairy Tail, seseorang perlu menghadapi peperiksaan percubaan untuk mendapat pangkat Kelas S. Lapan peserta dipilih setiap tahun oleh Pengerusi Persatuan, dan jika salah seorang berjaya mendapat tempat teratas akan dinobatkan pangkat Kelas S. Persaingan yang disertakan agak ganas dan susah, dan berbuat demikian akan membuka lebih banyak misi berbayar yang lebih berbahaya. Perasaan dan kepandaian akan diuji melebihi kekuatan.[22]

Pangkat Kelas S daripada persatuan lama tidak boleh dibawa masuk kedalam persatuan baru, jadi pangkat ahli sihir kelas S dari persatuan lain mungkin tidak boleh diterima dalam persatuan baru kerana kualiti pangkat dari persatuan ke persatuan jauh berbeza.[23] Tetapi, ahli sihir yang sudah mendapat pangkat Kelas S sebelum menyertai mana-mana persatuan dianggap sebagai calon utama untuk mendapatkan semula pangkat tersebut.[24]

RujukanSunting

  1. 1.0 1.1 Fairy Tail Manga: Bab 12, M/s 15
  2. Fairy Tail Manga: Bab 222, M/s 3
  3. 3.0 3.1 Fairy Tail Manga: Bab 1, M/s 21-22
  4. Fairy Tail Manga: Bab 1, M/s 25-26
  5. 5.0 5.1 5.2 Fairy Tail Manga: Bab 11, M/s 15-17
  6. 6.0 6.1 Fairy Tail Manga: Bab 10, M/s 5
  7. Fairy Tail Manga: Bab 211, M/s 3
  8. Fairy Tail Manga: Bab 11, M/s 13-15
  9. Fairy Tail Manga: Bab 88, M/s 7-8
  10. Fairy Tail Manga: Bab 263, M/s 17
  11. Fairy Tail Manga: Bab 1, M/s 8
  12. Fairy Tail Manga: Bab 1, M/s 43-44
  13. Fairy Tail Manga: Bab 15, M/s 10
  14. Fairy Tail Manga: Bab 2, M/s 5
  15. Fairy Tail Manga: Bab 2, M/s 24-25
  16. Fairy Tail Manga: Bab 172, M/s 3
  17. Fairy Tail Manga: Bab 6, M/s 19
  18. Fairy Tail Manga: Bab 263, M/s 21
  19. Fairy Tail Manga: Bab 10, M/s 3-4
  20. Fairy Tail Manga: Bab 24, M/s 16
  21. Fairy Tail Manga: Bab 25, M/s 2
  22. Fairy Tail Manga: Bab 201, M/s 14-15
  23. Fairy Tail Manga: Bab 103, M/s 8-11
  24. Fairy Tail Manga: Bab 201, M/s 16-18

Ad blocker interference detected!


Wikia is a free-to-use site that makes money from advertising. We have a modified experience for viewers using ad blockers

Wikia is not accessible if you’ve made further modifications. Remove the custom ad blocker rule(s) and the page will load as expected.

Sekitar rangkaian Wikia

Wiki Rawak