FANDOM


Bab 345
Bab 345
Terjemahan Lain

Suara Seseorang

Informasi
Arka

Arka Kampung Matahari

Tarikh Keluaran Jepun

27 Julai 2013

Navigasi
Sebelumnya
Bab 344
Seterusnya
Bab 346
Jilid dan Bab
Imej Bab 345


Suara Seseorang adalah Bab ke-345 dalam Fairy Tail oleh Hiro Mashima.

Sementara Erza masih belum dapat menerima kenyataan yang dia menjadi budak, Gray berjaya merampas cecair Titisan Bulan daripada ahli Sylph Labyrinth. Bergelut untuk tidak dirampas semula oleh ahli pemburu harta karun, ahli Fairy Tail membaling ke arah satu sama lain, tetapi jatuh ke tanah dan pecah apabila tiba giliran Happy menyambut. Tiba-tiba, Natsu terdengar suara yang agak dikenali melalui ais dan pergi ke arahnya. Sampai dikampung itu semula, Natsu terserempak dengan salah seorang ahli Succubus Eye yang menggunakan Magiknya untuk mengubah Natsu menjadi budak kecil juga.

RingkasanSunting

200px-Erza_Inspects_Her_New_Childish_Appearance.png
Erza terkejut dengan penampilannya

Erza masih terkejut dengan penampilan terbarunya. Dia terus memeriksa di setiap sudut badannya untuk mengesahkan perubahan itu. Sedar dengan kenyataan bahawa dirinya menjadi budak kecil, Wanita Magik Kelengkapan ini mula panik setelah apa yang terjadi. Dia terfikir adakah dia mempunyai kelengkapan yang muat dan padan memandangkan saiz badannya kecil. Tanpa diduga dia tersilap langkah dan jatuh ke kaki bukit kerana cara dia berjalan seakan dia dalam keadaan badan normal. Sambil itu di aterfikir bagaimana reaksi rakan-rakannya apabila melihatnya dalam keadaan begitu. Dia berjanji akan mencari penyelesaian kepada masalah ini.

Sementara itu, ahli Fairy Tail yang lain masih lagi bergelut untuk mendapatkan cecair Titisan Bulan daripada tangan ahli Sylph Lybrinth. Ahli Fairy Tail masih lagi terkejut dengan keupayaan ahli pemburu harta karun itu berlawan walaupun tiada Magik. Hiroshi berbangga kerana hanya persatuan mereka adalah yang terkuat dalam komuniti persatuan pemburu harta karun. Semasa ketiga-tiga ahli itu bercerita tentang kemenangan mereka dalam pertandingan pemburu harta karun, Gray tersenyum dan menyatakan dia telah merampas Titisan bulan daripada mereka dengan menggunakan Magiknya.

180px-Happy_Misses_Catching_the_Moon_Drip.png
Happy secara tidak sengaja terlepas sambutannya

Terus menyambung semula pergelutan tadi, Hiroshi menjerit kepada Drake untuk menembak ahli Fairy Tail. Lucy bertindak segera dengan menyuruh Sagittarius menembak tembakan Drake. Kesemua ahli kedua-dua persatuan itu bertindak. Gray mencuba mengelak serangan balas dan memberi botol cecair itu kepada Natsu dan seterusnya kepada Lucy. Mereka meneruskan cara ini sehinggalah terbantut apabila Happy terlepas sambutannya dan botol cecair itu pecah di atas tanah.

200px-Natsu_Turned_Into_a_Child.png
Natsu bertukar menjadi budak kecil juga!?

Semua terkesima dan ahli Sylph Lybrinth meraung kekecewaan kerana kehilangan Titisan Bulan. Lucy perasan sesuatu dan mula menarik perhatian semua. Dia menunjukkan kepada lapisan ais yang bersambung dengan kampung dan menyatakan cecair Titisan Bulan itu hanya mencairkan ais hanya pada bahagian yang terkena cecair itu. Gray merumuskan bahawa jumlah cecair itu tidak akan dapat mencairkan ais besar yang terkena pada gergasi dan Api Abadi. Natsu juga perasan sesuatu. Dia terdengar satu suara daripada ais itu. tetapi yang lain menafikannya. Natsu terus begegas semula ke kampung itu dan yang lain mengikuti termasuk Sylph Lybrinth.

Setelah tiba di kampung itu, Natsu bertungkus lumus untuk mengingati dimana dia pernah mendengan suara itu. tetapi dia dihalang oleh salah seorang ahli Succubus Eyes. Sementara Natsu masih menganggap orang itu adalah salah satu dari ahli Sylph Lybrinth, orang itu menafikannya dan mula mendepakan tangannya sambil aura ajaib mengelilinginya. Sebelum sempat Natsu mengetahui apa yang akan berlaku, dia sudah pun bertukar menjadi budak kecil.

Watak yang MunculSunting

Perlawanan & PeristiwaSunting

Magik, Mantera, dan Kebolehan yang digunakanSunting

Magik yang digunakanSunting

Mantera yang digunakanSunting

  • Ice-Make: Tangan Pencuri

Kebolehan yang digunakanSunting

  • Memanah
  • Penembak Tepat

Senjata yang digunakanSunting

Peralatan yang digunakanSunting

NavigasiSunting

Templat:Arka Kampung Matahari

Ad blocker interference detected!


Wikia is a free-to-use site that makes money from advertising. We have a modified experience for viewers using ad blockers

Wikia is not accessible if you’ve made further modifications. Remove the custom ad blocker rule(s) and the page will load as expected.

Sekitar rangkaian Wikia

Wiki Rawak