FANDOM


Bab 346
Bab 346
Terjemahan Lain

Peraturan Kemunduran

Informasi
Arka

Arka Pekan Matahari

Tarikh Keluaran Jepun

2 Ogos 2013

Navigasi
Sebelumnya
Bab 345
Seterusnya
Bab 347
Jilid dan Bab
Imej Bab 346


Peraturan Kemunduran adalah Bab ke-346 dari manga Fairy Tail oleh Hiro Mashima.

Perlawanan berterusan di Pekan Matahari semasa Erza sedang berhadapan dengan Minerva dan Natsu juga berhadapan dengan rakan Minerva dari Succubus Eye, kedua-dua ahli terkuat Fairy Tail tidak dapat menandingi mereka dari Succubus Eye kerana Erza dan Natsu menjadi budak. Sementara itu, Lucy dan Wendy Marvell kehilangan jejak Gray secara tidak sengaja, tetapi mereka dijumpai oleh ahli Sylph Labyrinth, yang mahu mencuri kunci Lucy. Selepas tiga ahli pemburu harta karun itu menyerang kedua mage itu, Flare tiba-tiba muncul mahu menolong Lucy dan Wendy di medan permainan ini.

RingkasanSunting

200px-346_-_Minerva_Confronts_Erza.png
Minerva muncul dibelakang Erza

Erza mencuba kemahiran Magiknya. Tetapi memerlukan banyak Kuasa Magik hanya untuk mengeluarkan sebilah pedang kecil. Dia sudah kepenatan disebabkan perkara itu. Belum sempat dia merehatkan rasa penatnya, Minerva muncul dibelakang Erza dan mencabar Erza untuk berlawan dengannya. Erza terkejut dengan kehadirannya. Dia juga terkejut dengan simbol persatuan gelap, Succubus Eye yang terukir di perut Minerva. Minerva sedar akan hal itu dan meyakinkan Erza akan penyertaannya dalam persatuan itu. Erza sempat bertanya jika Minerva telah mencampak segala maruahnya ketepi sebagai Mage tetapi Minerva rasa perbualan itu agak bosan. Dan Erza juga bertanya bahawa dia menjadi kecil kerana Minerva tetapi Minerva meletakkan kesalahan itu keatas ahli persatuan barunya. Dia lebih gembira jika boleh mnegalahkan Erza dalam keadaan begitu dan lebih menyenangkan Minerva untuk mengeluarkan kesemua kuasanya menentang Erza kerana mereka tidak di awasi oleh Grand Magic Games

200px-The_Succubus_Eye_Mage_Attacks_Natsu.png
Natsu Kecil diserang

Di suatu tempat dalam Pekan Matahari, Natsu tidak dapat menerima kenyataan dia menjadi kecil. Dia memarahi orang itu kerana menggunakan Magik walaupun pencuri. Orang itu menafikan penyertaannya dalam Sylph Labyrinth lalu terus menyerang Natsu. Natsu tidak dapat mengelak seperti yang dia mahu. Natsu menyerang balas tetapi kuasanya sukar dikeluarkan. Orang itu menyatakan dia bukan sahaja menjadikan seseorang itu muda tetapi kuasanya juga mengurangkan sesuatu kemahiran dan Magik seseorang. Natsu tidak percaya dan dia menyerang balas semula tetapi hasil yang sama berlaku. Sedar dengan kekurangan itu, Natsu tiba-tiba menjerit akan sesuatu lalu melarikan diri. Orang itu terpedaya dan berpaling kearah itu. Natsu memuji dirinya sendiri akan helah itu kerana dia pernah menggunakannya kepada Gildart. Orang itu terasa dipermainkan dan memberi amaran jangan mempersendakan orang yang bukan manusia.

200px-Hiroshi_Attacks_one_of_the_Giants.png
Hiroshi Menyerang salah satu Gergasi

Semasa Natsu dan Erza bergelut, Lucy dan Wendy masih bertungkus lumus untuk sampai ke pekan itu tetapi hilang jejak arah Gray semasa mengejar Natsu. Semasa mereka berharap bahawa Carla dan Happy dapat mencari Gray dan Natsu dari atas, Wendy menyatakan mereka seperti dikuti oleh Hiroshi dan Lala yang menyamar seperti Exceed. Penyamaran "terbaik" Hiroshi dan Lala dapat dikesan lalu mereka menukar taktik dan dengan spontan mahu mengambil kunci Lucy. Bagi menyelamatkan keadaan, Wendy meminta maaf atas botol cecair Titisan Bulan yang sudah pecah. Mereka hanya mahu menyelamatkan gergasi itu sahaja. Hiroshi pula menyatakan gergasi ini tidak ada kena-mengena langsung dengan misi buru harta karun mereka. Mereka hanya mahu mendapatkan harta karun yang dicari. Sambil itu Hiroshi mengeluarkan pedang dan menyerang salah satu gergasi yang beku berdekatan. Hal ini menyebabkan Lucy dan Wendy tergamam dan menggertak Hiroshi untuk berhenti.

200px-Flare_saves_Lucy_and_Wendy_from_Drake.png
Flare menyelamatkan Wendy

Hiroshi tidak berhenti melakukannya sehingga Wendy terpaksa menggunakan Ngauman Naga Langit untuk memberhentikan tindakan Hiroshi. Setelah Hiroshi dan Lala tercampak ke belakang, Lucy dan Wendy akan terus menyerang mereka jika mereka terus mencederakan gergasi. Ahli pemburu harta karun itu bersetuju tetapi mereka tidak akan membiarkan Lucy dan Wendy keluar hidup-hidup. Semasa mereka semua berlawan, Drake menembak tepat kearah kedua-dua wanita itu dan bertanya bagaimana kedua-dua wanita tersebut akan lakukan dalam perlawanan yang tidak seimbang ini, dua lawan tiga. Sementara Lucy dan Wendy mengelak segala tembakan yang disasarkan, Wendy tergelincir atas laluan ais dan memberi peluang kepada Drake sasaran pegun. Sebaik sahaja menekan picu senapang, Lucy dan Wendy terkejut kerana tiada peluru melepasi badan Wendy. Mereka terlihat Flare berdiri dihadapan mereka dan peluru yang ditembak jatuh dari gumpalan rambutnya, menandakan dia sudah menyelamatkan Wendy. Kesemua orang disitu tergamam dengan kehadirannya yang secara tiba-tiba. Dia menyatakan perlawanan kini sudah adil kedua-dua belah pihak dan menunjukkan simbol tanda baru di atas dadanya.

Urutan Watak yang MunculSunting

Perlawanan dan PeristiwaSunting

Magik, Jampi dan Kelebihan yang DigunakanSunting

Magik yang digunakanSunting

Jampi yang digunakanSunting

Kemahiran yang digunakanSunting

  • Tumbuk-menumbuk

Senjata yang digunakanSunting

Alatan yang digunakanSunting

NavigasiSunting

Templat:Arka Pekan Matahari

Ad blocker interference detected!


Wikia is a free-to-use site that makes money from advertising. We have a modified experience for viewers using ad blockers

Wikia is not accessible if you’ve made further modifications. Remove the custom ad blocker rule(s) and the page will load as expected.

Sekitar rangkaian Wikia

Wiki Rawak