FANDOM


Bab 369
Bab 369
Terjemahan Lain

Tempat Mencapai Doa

Informasi
Arka

Arka Tartarus

Navigasi
Sebelumnya
Bab 368
Seterusnya
Bab 370
Jilid dan Bab
Imej Bab 369


Tempat Mencapai Doa adalah bab ke-369 dalam siri Fairy Tail oleh Hiro Mashima.

Perlawanan Jellal masih berterusan apabila Ahli Sihir Crime Sorcière membongkarkan serangan daripada Zero adalah ilusi yang dicipta oleh Midnight. Dengan mencederakan pandangan matanya sendiri untuk mempertahankan terhadap musuh palsu, Jellal menyerang Oración Seis sekali lagi dengan menggunakan Sema untuk mengalahkan mereka, sebelum bertanya kepada ahli sihir yang cedera untuk menyertai Crime Sorcière bagi membantu mencari dan membunuh Zeref. Sementara itu di ibu pejabat Tartarus, Crawford yang gembira menyatakankan dia memindahkan ikatan Face daripada Jellal kepadanya dengan menggunakan Magiknya. Tetapi sebelum dia memindahkan ikatan itu kepada orang lain untuk dikorbankan, Kyouka membunuh Crawford lalu membolehkan Persatuan Gelap itu mengawal sepenuhnya Face.

RingkasanSunting

Jellal menyatakan tujuannya

Jellal mengajak Oración Seis menyertainya untuk menjatuhkan Zeref

Setelah serpihan daripada serangan terakhir Zero kepada Jellal hilang, Meredy dan ahli-ahli Oración Seis terkejut melihat tiada langsung kesan tingfalan daripada Jellal. Zero masih ketawa mengekek kerana kejayaannya menjatuhkan Jellal tetapi kegembiraan itu hanya sekejap setelah ia pecah bagaikan kaca dan menampakkan Jellal sedang berdiri dibelakang Zero. Semasa Meredy melihat sekeliling, Brain masih terbaring dimana Cobra menyerang Zero sebelum ini, Midnight terkesima kerana Jellal mampu memecah ilusinya. Apabila Jellal mengakat kepalanya, semua terlihat sebelah matanya berdarah dan Midnight perasan yang Ahli Sihir Crime Sorcière itu sengaja mencederakan matanya untuk melihat serta tidak diperdayakan oleh ilusi Zero yang dicipta oleh Midnight bagi mengalahkannya. Mereka semua tidak menyangka yang Jellal sanggup melakukan perkara itu. Mereka mula perasan ada beberapa tiang cahaya mengelilingi meraka dan mereka melihat Jellal menggunakan Grand Chariot tepat pada masanya, yang dituju kepada Cobra, Racer, Midnight dan Angel, lalu mengalahkan mereka.

Jellal tidak memberikan mereka masa untuk pulih, dia mendepakan tangannya lalu langit menjadi gelap yang membuatkan Midnight terkesima kerana Jellal akan menggunakan Magik Badan Kayangan Sebenar kepada mereka. Beberapa sinaran seperti meteor jatuh dari langit dan menjatuhkan ahli Oración Seis kecuali Hoteye. Semasa Hoteye terkesima ketakutan dengan kuasa Jellal, Midnight menyatakan kekalahannya dan menyuruh Jellal untuk membunuhnya. Jellal menyatakan yang dia tidak mahu melakukan itu dan apabila Angel bertanya adakah Jellal akan memejarakan mereka juga dinafikan oleh Jellal. Sebaliknya, beliau menjemput Ahli Sihir yang cedera untuk menyertai Crime Sorcière. Kumpulan itu terkejut dengan pernyataan itu dan Midnight bertanya apakah motif Jellal berfikir seperti itu. Jellal menjawab dengan tenungan yang tepat sambil memegang kolar baju Midnight: untuk mencari dan membunuh Raja segala Magik Kegelapan, Zeref.

Crawford ditikam oleh Kyouka

Kyouka menikam Crawford

Sementara itu, di ibu pejabat Tartaros, Crawford dengan gembiranya dia turun daripada Arkib Super kerana bangga dengan pencapaiannya. Apabila Franmalth bertanya adakah dia sudah menjumpai Jellal, Crawford menjawab, dia menjumpai Jellal tetapi dia mendapat sesuatu lebih penting daripada itu: oleh kerana pangkatnya sebagai Ahli Majlis dan Magiknya, dia mengetahui cara untuk memindahkan Magik Pautan Organik daripada seseorang kepada yang lain dan dia sudah memindahkan sementara ikatan daripada Jellal kepadanya lalu menjadikan dia memiliki kunci terakhir bagi pengaktifan Face. Dia juga boleh memindahkan ikatan dalam dirinya kepada salah satu Ahli IShir Fairy Tail dan membunuh ahli sihir itu untuk mengaktifkan Face. Franmalth tersenyum dengan tindakan Crawford dan secara tiba-tiba Kayla muncul dibelakang Craford lalu menikam Crawford serta merta. Dengan itu maka terlerailah ikatan Face dan mengakibatkan pulau Tartarus bergoncang, kedua-dua Franmalth dan Kyouka tersenyum dengan kejayaan mereka mendapatkan senjata itu.

Semasa ahli Fairy Tail terperangkap dalam ibu pejabat Tartarus dapat merasakan gegaran itu dan tertanya-tanya apakah yang menyebabkannya dan Elfman yang menagis mengaktifkan bom Lakrima buatan Sayla di dalam Persatuan Fairy Tail.

Susunan Watak Mengikut KemunculanSunting

Perlawanan & PeristiwaSunting

Magik, Mantera dan Kelebihan yang digunakanSunting

MagikSunting

MenteraSunting

KelebihanSunting

  • Kelincahan Dipertingkatkan
  • Kekuatan Dipertingkatkan
  • Ketahan Dipertingkatkan
  • Kebijaksanaan Mutlak
  • Tidak Balas Dipertingkatkan

AlatanSunting

  • Pisau

NavigasiSunting

Arka Pekan Matahari Arka Tartarus Tiada
Bab-bab Tiada
356 | 357 | 358 | 359 | 360 | 361 | 362 | 363 | 364 | 365 | 366 | 367 | 368 | 369 | 370 | 371 | 372 | 373 | 374 | 375 | 376 | 377 | 378 | 379 | 380 | 381 | 382 | 383 | 384 | 385 | 386 | 387 | 388 | 389 | 390 | 391 | 392 | 393 | 394 | 395 | 396 | 397 | 398 | 399 | 400 | 401 | 402 | 403 | 404 | 405 | 406 | 407 | 408 | 409 | 410

Ad blocker interference detected!


Wikia is a free-to-use site that makes money from advertising. We have a modified experience for viewers using ad blockers

Wikia is not accessible if you’ve made further modifications. Remove the custom ad blocker rule(s) and the page will load as expected.

Sekitar rangkaian Wikia

Wiki Rawak