FANDOM


Bab 380
Bab 380
Kanji

ヘルズ・コア

Romaji

Heruzu koa

Terjemahan

Teras Neraka

Terjemahan Lain

Pusat Neraka

Informasi
Arka

Arka Tartarus

Navigasi
Sebelumnya
Bab 379
Seterusnya
Bab 381
Jilid dan Bab
Imej Bab 380


Pusat Neraka adalah bab ke-380 dalam siri Fairy Tail oleh Hiro Mashima.

Tertanya-tanya tentang apa yang dikatakan oleh Hades, Happy terbang mencari Makarov. Sementara itu, Mirajane dapat mengetahui bahawa Pusat Neraka adalah yang menyebabkan Demon hidup abadi, dia menggunakan Take Over untuk menghancurkan tempat itu. Mereka tahu yang mereka tidak boleh menggunakan kuasa masing-masing sesama sendri, Sayla membuka Had Keupayaannya, menyebabkan Mirajane, Lisanna, dan Lamy cedera parah selepas letupan itu.

RingkasanSunting

Setelah roh Hades hilang, kumpulan Ahli Sihir Fairy Tail bertiga itu mempersoalkan mengenai melepaskan cahaya itu, tetapi kemudian bertukar topik untuk mencari Mirajane, yang merupakan satu-satunya perkara yang mereka perlukan lakukan sekarang setelah Face dihentikan. Natsu berkata beliau tidak akan berpuas hati sehingga dia mengalahkannya setiap anggota Tartarus, Happy memutuskan untuk pergi memberitahu Makarov tentang Hades telah memberitahu mereka; serentak dengan itu, Franmalth yang kalah mengutuk Ahli Sihir itu kerana kebodohan mereka, mengatakan ahli-ahli Tartarus berupaya dihidupkan semula selagi makmal mereka kekal utuh. Setelah mengatakannya lalu beliau kembali semula ke makmal.

Rupa demon Sayla

Sayla melepaskan had keupayaannya

Sementara itu, di dalam Pusat Neraka, Mirajane dan Sayla meneruskan perjuangan mereka sambil Lisanna dan Lamy meneruskan perjuangan kecil mereka sendiri; Sayla menyoal Mirajane kenapa Makro tidak mempunyai kesan ke atasnya, bagaimanapun dia mengatakan bahawa dia boleh mengawal dari jauh, dengan menggunakan contoh membuat Elfman mencederakan dirinya sebagai satu cara untuk menghalang Mirajane. Pada masa itu, bagaimanapun, Ezel yang cacat muncul dalam salah satu balang kaca disebelah Sayla, menjerit supaya Sayla memulihkan dia jadi dia boleh cepat membalas dendam kepada orang yang mengalahkan dia. Walaupun Sayla memberitahu Ezel supaya bersabar kerana Sayla sedang di tengah-tengah pertempuran tetapi Ezel berkeras juga supaya memulihkannya. Mirajane menyoal apa yang dimaksudkan dengan menghidupkan semula dan Lamy mendedahkan bahawa mereka berada dalam Pusat Neraka, tempat di mana semua Demon Tartarus dipulihkan semula sebaik sahaja badan-badan mereka hancur, tetapi Sayla memarahi Lamy kerana membongkarkan rahsia. Mendengar ini, Mirajane menggunakan Satan Soul dan menyebutkan keutamaan utamanya untuk memusnahkan Pusat Neraka; lalu Mirajane menghancurkan semua balang-balang bersama Ezel dan Franmalth yang baru tiba. Sayla mempersoalkan bagaimana dia melakukannya, Mirajane mendedahkan bahawa dia mengambil alih sesungut di dalam balang, tetapi menambah bahawa dia cuba untuk mengambil alih Sayla untuk mengalahkannya, tetapi tidak berkesan. Marah dengan ini, Sayla menggunakan Makro dia pada dirinya untuk melepaskan penghad beliau dan memasuki Rupa Demonnya; dalam sekelip mata, dia menumbuk Mirajane, yang telah membuat penggunaan Sitri. Tumbukan itu ke arah Lisanna dan Lamy sebelum melepaskan letupan ajaib sengit dari telapak tangan, yang mencederakan ketiga-tiga wanita dan menyebabkan Mirajane untuk membatalkan penggunaan Sitri.

Di tempat lain di istana, seorang lelaki bernama Marde Guille (Raja Demon daripada Tartarus) duduk di dalam bilik takhta memegang buku TMT dan memuji kuasa Demon Zeref ini; Etherias memetik bahawa peniruan daripada kuasa mereka tidak akan berbuat apa-apa terhadap mereka. Dengan senyuman di mukanya, Marde menyatakan bahawa kegelapan akan mencurahkan dari pintu Neraka dan menelan cahaya di dunia.

Susunan Watak Mengikut KemunculanSunting

Perlawanan & PeristiwaSunting

Magik, Mantera dan Kelebihan yang digunakanSunting

MagikSunting

SumpahanSunting

  • Makro (命令 (マクロ) Makuro)

ManteraSunting

KelebihanSunting

  • Tumbuk Menumbuk
  • Bentuk Demon
  • Kekuatan
  • Kelajuan
  • Ketahanan

NavigasiSunting

Arka Pekan Matahari Arka Tartarus Tiada
Bab-bab Tiada
356 | 357 | 358 | 359 | 360 | 361 | 362 | 363 | 364 | 365 | 366 | 367 | 368 | 369 | 370 | 371 | 372 | 373 | 374 | 375 | 376 | 377 | 378 | 379 | 380 | 381 | 382 | 383 | 384 | 385 | 386 | 387 | 388 | 389 | 390 | 391 | 392 | 393 | 394 | 395 | 396 | 397 | 398 | 399 | 400 | 401 | 402 | 403 | 404 | 405 | 406 | 407 | 408 | 409 | 410

   

Ad blocker interference detected!


Wikia is a free-to-use site that makes money from advertising. We have a modified experience for viewers using ad blockers

Wikia is not accessible if you’ve made further modifications. Remove the custom ad blocker rule(s) and the page will load as expected.

Sekitar rangkaian Wikia

Wiki Rawak