FANDOM


Bab 386
Bab 386
Kanji

ギャラクシア ブレイド

Terjemahan

Galaxia Blade

Terjemahan Lain

Pedang Galaksia

Informasi
Arka

Arka Tartarus

Tarikh Keluaran Jepun

4 Jun 2014

Navigasi
Sebelumnya
Bab 385
Seterusnya
Bab 387
Jilid dan Bab
Imej Bab 386


Pedang Galaksia merupakan bab 386 dari siri Fairy Tail oleh Hiro Mashima.

Raja Semangat Bintang, telah menggunakan masanya yang singkat untuk menggunakan Pedang Galaksia—sebuah mentera yang membatalkan Sumpahan Alegria—membebaskan kesemua ahli Fairy Tail yang terperangkap dan mengejutkan Mard Geer. Tanpa berlenggah lagi, Erza menyerang Minerva sekali lagi, begitu juga Gajeel, Juvia, Gray dan Natsu bergegas ke arah Lucy yang lemah untuk membantu. Mereka kini berdepan dengan Torafusa, Keith, Silver dan Tempesta.

RumusanSunting

Jackal dikalahkan dengan Urano Metria, Lucy yang sudah kepenatan rebah lalu kuasa Aquarius meninggalkannya.

Erza dan Minerva bertempur semula

Erza dan Minerva bertempur semula

Demon Tartarus mula merasakan ketiadaan Jackal. Raja Semnagat Bintang juga merasakan dirinya semakin menghilang. Mard Geer menggunakan peuang ini untuk menyerang dengan kuasanya sebagai Raja Neraka. Dengan sedikit masa yang ada, Raja Semangat Bintang menggunakan Pedang Galaksianya. Mard Geer menganggap Raja Bintang mencuba menyerangnya terus dengan kuasa itu tetapi menyedarinya bukan dihala kearah Raja Neraka. Sebaliknya kuasa itu meneutralkan Sumpahan Algeria.

Pada masa yang sama, Erza mengeluarkan badannya dari dinding Cube lalu terus menyerang Minerva yang tidak sabar untuk bertarung semula. Selebih ahli fairy Tail yang terperangkap mula sedar dan Mard menyumpah seranah atas tindakan Raja Bintang itu. Semangat itu sebaliknya tersenyum puas dan meninggalkan kekalahan Mard kepada ahli Fairy Tail. Badan Mard perlahan-lahan menjadi batu dan menghilang selepas Semangat itu hilang; Mard mula mempersoalkan adakah yang lain mengingati kematiannya.

Gajeel Menyerang Torafusa

Gajeel tiba menyelamatkan Lucy

Dalam runtuhan Cube, Torafusa tiba di tempat Jackal dan Lucy berlawan dan mempersoalkan kehilangan Lamy. Torafusa mula berasa tidak puas hati kerana Lucy sepatutnya diselesakan awal-awal lagi; Torafusa menghunuskan pedangnya kearah leher Lucy yang terbaring tidak terdaya, tetapi Gajeel menghalang untuk membantu Lucy. Tetapi Keith mula menyertai pertempuran itu dengan menyerang hendap Gajeel tetapi dihalang oleh Juvia. Silver juga menyertai pertempuran di pihak Tartarus dan menyerang Juvia tetapi dihalang oleh Gray. Gray merenung kearah Silver dengan rasa tidak percaya. Tiba-tiba Tempesta muncul dari siling atas dan menyerang dengan api kearah ketiga-tiga ahli Fairy Tail. Namun, Natsu muncul dan menelan api yang diberi. Natsu berterima kasih kepada lucy kerana menyelamatkan mereka semua dan bersedia untuk serangan balas.

Susunan Watak Mengikut KemunculanSunting

Perlawanan & PeristiwaSunting

Magik, Mentera dan Kelebihan yang digunakanSunting

MagikSunting

SumpahanSunting

MenteraSunting

KelebihanSunting

  • Bermain pedang

SenjataSunting

  • Pedang

NavigasiSunting

Arka Pekan Matahari Arka Tartarus Tiada
Bab-bab Tiada
356 | 357 | 358 | 359 | 360 | 361 | 362 | 363 | 364 | 365 | 366 | 367 | 368 | 369 | 370 | 371 | 372 | 373 | 374 | 375 | 376 | 377 | 378 | 379 | 380 | 381 | 382 | 383 | 384 | 385 | 386 | 387 | 388 | 389 | 390 | 391 | 392 | 393 | 394 | 395 | 396 | 397 | 398 | 399 | 400 | 401 | 402 | 403 | 404 | 405 | 406 | 407 | 408 | 409 | 410

Ad blocker interference detected!


Wikia is a free-to-use site that makes money from advertising. We have a modified experience for viewers using ad blockers

Wikia is not accessible if you’ve made further modifications. Remove the custom ad blocker rule(s) and the page will load as expected.

Sekitar rangkaian Wikia

Wiki Rawak