FANDOM


Semangat Bintang Lucy Eclipse
Tanda Pemberontakan
Kanji

反逆の狼煙

Rōmaji

Hangyaku no Noroshi

Tajuk FUNimation

Signal of Rebellion

Informasi
Tarik Keluaran Jepun

25 Oktober 2014

Episod

205

Arka

Arka Semangat Bintang Eclipse

Lagu Pembukaan

Mysterious Magic

Lagu Penutup

Kimi no Mirai

Panduan Episod
Sebelum
Episod 204
Selepas
N/A →
Senarai Episod Fairy Tail
Paparan Episod 205

Tanda Pemberontakan adalah episod ke-205 dari siri anime Fairy Tail. Ia disiakan pada 02014-10-2525 Oktober 2014.

Fiore sedang mengalami cuaca yang pelik dan buruk. Lucy, Natsu, dan Happy telah mengambil kerja untuk mengkaji apa yang berlaku terhadapa badan pengguna magik semangat bintang. tetapi mereka mula mengetahui yang kerja itu adalah kerja palsu yang dibuat oleh [Semangat Bintang|12 Pintu Zodiak]] supaya mereka boleh memberitahu kepada Lucy yang perjanjian mereka telah dibatalkan dan mereka bukan lagi zodiak yang seperti dahulu.

RumusanSunting

Oleh kerana perubahan cuaca yang drastik di Fiore, ramai ahli sihir telah keluar bekerja untuk mengurankan tekanan penduduk dan meninggalkan Mirajane, Kinana, Lucy, Ntasu dan Happy di Fairy Tail. Antara ahli sihir yang telah pergi bekerja adalah Gray dan Juvia, yang sedang menyejukkan para penduduk kerana bahang panas yang membara, Erza, sedang menolong kawasan pembinaan untuk membaik kerosakan yang berlaku akibat cuaca pelik itu, dan Wendy, sedang meniup angin kepada kapal yang sedang belayar kerana tiada angin untuk berbuat demikian. Tada lagi perkerjaan untuk Natsudan Lucy tetapi Mirajane dan Kinana telah menyimpan satu misi di perkampungan bernama Seabellus. Misinya adalah untuk mengkaji adakah perubahan cuaca yang drastik ini disebabkan oleh Semangat Bintang.

Setibanya disana, ahli-ahli sihir tersebut kurang yakin tempat itu adalah Seabellus, kerana tiada sebuah rumah pun yang dilihat sebagai sebuah perkampungan. Sebelum sempat mereka memeriksa kawasan itu, seekor lintah laut yang besar menyerang mereka. Lucy mahu menyeru Aquarius, tapi peliknya tiada apa-apa yang berlaku. Natsu mencuba untuk menyerang dengan Tumbukan Besi Naga Api, tetapi ditelan oleh lintah itu. Lucy mencuba lagi menyeru semangat dari kunci-kunci emas yang lain tetapi hasilnya sama. Natsu keluar daripada mulut lintah itu dan mengalahkannya dengan Ngauman Naga Api kedalam mulut lintah itu, menyebabkan lintah itu terbang meninggalkan mereka dengan tekanan api yang keluar dari mulutnya.

Kembali ke Fairy Tail, mereka membincangkan kerja yang diambail Natsu dan lucy sangat mencurigakan. Erza menyatakan tiada kampung yang bernama Seabellus ketika misinya ditempat itu sebelum ini. Gray merumuskan bahawa ada yang menghantar kerja palsu kepada mereka. Carla menganggap ia hanya gurauan. Sebaik sahaja Wendy mula fikir untuk membantu mereka, Yukino masuk dan mahu mencari Lucy.

Setelah mencuba kesemua kunci emasnya, dia terlupa akan kunci peraknya, jadi dia menyeru Crux, yang jatuh tersungkur selepas sahaja diseru. Mereka mula bertanya apa yang sudah terjadi setelah melihat badan Crux penuh dengan kesan lebam. Crux memberitahu yang Dunia Semangat Bintang sedang dalam kekecohan. Sebaik sahaja memberitahu, Crux diambil secara paksa daripada mereka dengan cemeti. Mereka tidak tahu siapakahnya pada mulanya tetapi Natsu dapat mengecam bau orang itu, dan agak mengejutkan mereka orang itu adalah Virgo. tetapi Virgo ini sangat berlainan daripada yang dahulu.

Di persatuan Fairy Tail, Yukino mencuba menyeru Libra atau Pisces, tetapi dia tidak mendapat respon. Sebab dia mencari Lucy kerana dia merasakan Lucy juga menghadapi perkara yang sama. Mereka berbincang sama ada mahu menolong atau tidak Lucy dan Natsu, tetapi mereka menyatakan yang Natsu dan Lucy telah menyelesaikan sebahagiannya.

Sebenarnya, Natsu dan Lucy hampir tidak mampu mengawal keadaan. Crux yang diambil Virgo telah dipaksa pulang. Natsu dan happy mempersolkan adakah dia Virgo yang dikenali mereka, Lucy mencelah dengan menyatakan dia mungkin lain tetapi dia masih sebagai satu Semangat. Natsu dan Virgo mahu mula berlawan tetapi dihalang Lucy kerana dia mahu berlawan dengan Virgo, dia berbuat demikian kerana dia masih ada perjanjian dengan Virgo. Vorgo terasa pelik dengan pernyataan Lucy dan Lucy bertanya adakah Virgo sudah melupakannya. Virgo menjawab yang dia sudah melupai semua memori lamanya lalu menyerang Lucy. Lucy mengeluarkan Fleuve d'étoiles dan menyerang balas. Lucy mula mendapat peluang untuk mengalahkan Virgo tetapi berhenti setelah teringatkan Virgo dahulu. Hal ini memberikan Virgo peluang untuk menyerang. Lucy diserang teruk tetapi Natsu yang mahu menolong dihalang oleh Lucy. Setelah Lucy diserang teruk, Natsu masuk campur unttuk menyelamatkan Lucy.

Kemudian Aries, Taurus, Gemini, Cancer, Sagittarius, Scorpio, Capricorn, Aqaurius, dan Leo pun tiba, tetapi semua kelihatan sangat lain. Leo mengatakan yang mereka bukan lagi Semngat Bintang seperti dahulu. Mereka membuat permintaan palsu pasal misi supaya mereka boleh memberitahu yang perjanjian mereka dengan Lucy telah dibatalkan. Lucy mengatakan yang keakraban mereka bukan berdasarkan perjanjian tetapi semua Semangat tidak mengingati semua itu dan menganggap tiada apa-apa bagi mereka. Dengan Leo sebagai ketua, dia mengarahkan mereka menyerang ahli sihir itu. Natsu pula menyuruh Lucy dan happy beredar. Natsu berlawan dengan semua Semangat dan di keluarkan oleh Happy sebelumdia dibunuh.

Kemudian di Dunia Semangat Bintang, semua semangat berbincan bagaimana ahli sihirtadi terlepas, dan merancang bagaimana mereka mahu dapatkan kebebasan mutlak mereka.

Susunan Watak Mengikut KemunculanSunting

Perlawanan & PeristiwaSunting

Magik, Mentera, dan Kebolehan yang digunakanSunting

MagikSunting

MenteraSunting

KelebihanSunting

Perbezaan Manga & AnimeSunting

NavigasiSunting

Arka Permainan Magik Agung Arka Semangat Bintang Eclipse Arka Pekan Matahari
Episod Tiada
204 | 205 | 206

Ad blocker interference detected!


Wikia is a free-to-use site that makes money from advertising. We have a modified experience for viewers using ad blockers

Wikia is not accessible if you’ve made further modifications. Remove the custom ad blocker rule(s) and the page will load as expected.

Sekitar rangkaian Wikia

Wiki Rawak