Wiki Fairy Tail
Advertisement

"Apa yang saya mahukan bukannya duit, baju mahal, atau kekayaan yang melimpah-ruah. Saya bukannya Lucky Lucy dari Heartfilia lagi! Fairy Tail lihat saya sebagai Lucy dan sebagai ahli keluarga biasa, jauh lebih baik daripada keluarga ni!"

Lucy Heartfilia kepada Ayahnya dalam "Selamat Tinggal"


Lucy Anime S2
Lucy Heartfilia
Kanji

ルーシィ・ハートフィリア

Rōmaji

Rūshi Hātofiria

Nama Lain

Puteri (姫 Hime; oleh Virgo, Coco dan Earth Land Coco)

Perwatakan
Kaum

Manusia

Jantina

Perempuan Perempuan

Umur

17 (debut)[1]
24 (X791)

Berat

47kg (103 lbs)[2]

Tarikh Lahir

1 Julai X767[3]

Warna Rambut

Perang

Warna Mata

Coklat

Jenis Darah

AB[3]

Status Profesional
Penggabungan

Fairy Tail

Penggabungan Sebelumnya

Heartfilia Konzern

Lokasi Tanda

Belakang tangan kanan

Pekerjaan

Ahli Sihir

Kumpulan

Pasukan Natsu

Kumpulan Sebelumnya

Pasukan Sekutu
Pasukan Tenrou
Pasukan Fairy Tail A
Pasukan Penyelamat

Rakan kongsi

Natsu Dragneel
Happy

Rakan Kongsi Sebelumnya

Cana Alberona

Pangkalan Operasi

Bangunan Pertama Fairy Tail
Bangunan Kedua Fairy Tail (terdahulu)

Status Peribadi
Status

Aktif

Hubungan

Jude Heartfilia (Ayah; mati)
Layla Heartfilia (Ibu; mati)

Watak yang Serupa

Lucy Ashley
Lucy Heartfilia (diri masa depan)

Magik
Magik

Celestial Spirit Magic
Unison Raid
Urano Metria
Ushi no Koku Mairi

Senjata

Fleuve d'étoiles

Debut
Debut Manga

Bab 1

Debut Anime

Episod 1

Debut Permainan

Sunday VS Magazine: Shuuketsu! Choujou Daikessen!

Pelakon suara
Jepun

Aya Hirano

Inggeris

Cherami Leigh

Galeri Imej


Lucy Heartfilia (ルーシィ・ハートフィリア Rūshii Hātofiria?) adalah watak fiksyen yang dicipta oleh Hiro Mashima dalam manga Fairy Tail pada 2006.

Lucy berusia 17 tahun. Ia mempunyai tanda-tanda yang persatuan merah jambu di atas tangan kanan.

Biografi[]

Lucy in x791

Rupa biasa Lucy semasa kemunculan pada X791

Lucy Heartfilia (ルーシィ・ハートフィリア Rūshii Hātofiria?) seorang mage berusia 17 tahun dan dia merupakan sudut pandangan watak pertama Fairy Tail. Mashima menamakan watak ini berdasarkan lagu kumpulan The Beatles, "Lucy in the Sky with Diamonds".[vol. 2] Mahir dalam magik spirit bintang (星霊魔法 seirei mahō?), Lucy boleh memanggil Celestial Spirit daripada set Kunci Pintu (ゲートの鍵 Gēto no Kagi?)[4]. Sepanjang siri ini, Lucy kadang-kadang bertarung dengan cemeti. Virgo kemudiannya memberikan Lucy sebuah alat yang boleh membentuk cemeti yang menggunakan kuasa magik, dipanggil Fleuve d'Étoiles (エトワールフルーグ Etowāru Furūgu?, lit. "Sungai Berbintang")[5].[ch. 115,184] Semasa Lucy kecil, Lucy membuktikan dirinya sebagai mage celestial. Emaknya Layla Heartfilia (レイラ・ハートフィリア Reira Hātofiria?) mati semasa Lucy berumur 10 tahun. Enam tahun kemudian, Lucy menetapkan untuk menyertai Fairy Tail kerana hubungan tegang dengan bapanya, Jude Heartfilia (ジュード・ハートフィリア Jūdo Hātofiria?).[ep. 50]

Selepas berkawan dengan Natsu Dragneel dan Happy, Lucy menyertai Fairy Tail dan bekerja dengan pekerjaan yang trsedia untuk membiayai rumah sewanya yang mahal di Magnolia.[ep. 1-4] Untuk itu, dia mengejar impiannya untuk menulis novel mengenai pengembaraan dia dengan Fairy Tail [ep. 4,9,25]. Sebagai salah satu daripada ahli-ahli dunia persatuan, Lucy sentiasa pelik dengan tabiat ganjil ahli persatuannya (Natsu, Happy, Gray dan Erza), yang sering muncul tidak diundang ke dalam rumahnya.[ep. 4,47,106] Selepas selesai masalah dengan Phantom Lord, Lucy memutuskan hubungan dengan ayahnya, sebagai amaran kepada ayahnya supaya jangan mengganggu Fairy Tail lagi.[ch. 50,64,67] Akhirnya dia berdamai dengan Jude selepas Jude hilang kekayaan, dan Lucy mengaku kasih kepada ayahnya setelah mengetahui kematian ayahnya semasa kehilangannya di Pulau Tenrou.[ep. 129,130,257]

Lucy menyertai Grand Magic Games selepas itu dan Persatuan Fairy Tail mendapat tempat pertama dalam permainan itu. Walaupun pelbagai konflik yang dilaluinya seperti Pelan Eclipse dan tujuh ekor naga yang keluar daripada Pintu Eclipse, dia tidak akan menyerah beitu sahaja.

Penerangan[]

Sejarah Hidup[]

Lucy Young

Lucy semasa masih kecil

Lucy dilahirkan dalam Keluarga Heartfilia, keluarga yang terkenal dan terkaya.[ep. 64] Ayah dan emaknya menubuhkan persatuan perniagaaan yang dipanggil 'Love & Lucky' di mana tempat ayah dan emaknya bertemu buat kali pertama; mereka mula menjadi persatuan bebas semasa ibu Lucy, Layla mengandung. Mereka menamakan Lucy setelah terlihat papan tanda kedai mereka hilang huruf "K" dan dibaca sebagai 'Love & Lucy'; nama itu memberi ilham kepada mereka, maka mereka mengambil keputusan untuk menamakan anak perempuan mereka dengan nama itu.[ep. 130]

Kembali di rumahnya, Lucy berhubungan yang baik dengan kakitangan di estet[ep. 68] serta mungkin juga dia berbaik dengan ibunya, sehingga emaknya meninggal dunia semasa Lucy berumur 10 tahun pada tahun X777.[ep. 68] Walaubagaimanapun, ayahnya kurang mengambil perhatian terhadap Lucy kerana obses terhadap perniagaan yang sedang meningkat maju,[ep. 67] menyebabkan dia melarikan diri setahun sebelum siri ini dmulakan.[ep. 51]

Keluarga[]

Dia adalah anak perempuan Heartfilia, keluarga kaya. Ibunya, Layla Heartfilia, meninggal dunia ketika usia 29 tahun, X777, apabila Lucy hanya berusia 10 tahun. Mengenai bapanya, Jude Heartfilia, dia tidak pernah mengambil berat akan Lucy, selain daripada atas sebab-sebab kewangan (mengatur perkahwinan untuk membuat lebih banyak wang), Lucy akhirnya melarikan diri dan menyertai persatuan. Jude meninggal dunia dua bulan sebelum Lucy dan yang lain kembali dari Pulau Tenrou selepas tujuh tahun menghilang. Lucy akhirnya mengetahui bahawa ayahnya benar-benar menyayangi anak perempuannya (dia menghantar hadiah untuk hari lahirnya setiap tujuh tahun Lucy menghilang), tertulis dalam surat yang Lucy terima tidak lama selepas pulang.

Ibunya Layla juga seorang ahli sihir cemerlang (Layla mempunyai kunci Cancer, Aquarius dan Capricorn). Beliau telah berjanji kepada Capricorn untuk melindungi anaknya, menjadikan Capricorn salah satu daripada kunci bintang Lucy apabila dia telah dilepaskan dari kawalan Zeldo semasa dalam peperangan menentang Grimoire Heart di Pulau Tenrou.

Personaliti[]

Lucy sangat berkeyakinan tinggi terhadap rupa paras dan bentuk badannya walaupun usaha itu sia-sia.walaupun berperangai begitu Lucy adalah seorang yang baik hati, bijak dan prihatin. Lucy sangat suka akan sastera. Dia sering menulis novel berkaitan pengembaraannya. Selain minatnya terhadap sastera ia juga berminat memasak, membeli-belah dan tegas terhadap lelaki. Dia juga sangat suka akan warna biru dan merah jambu. Dia adalah salah seoran ahli keluarga Heartfilia yang terkaya di Fiore. Tetapi oleh disebabkan keegoan ayahnya dan kematian ibunya, Lucy bertindak melarikan diri untuk bersa bebas.

Lucy sangat baik terhadap Celestial Spiritnya. Dia tidak suka menggunakan Spiritnya sebagai perisai. Lucy menganggap Spiritnya sebgai kawan, tidak seperti segelintir Mage Celestial Spirit yang lain yang menganggap Celestial Spirit mereka sebgai alat semata-mata. Lucy juga mencuba sedaya upaya untuk membahagiakan mereka walaupun nyawa sebagai ganti.

Walaupun Lucy seorang yang dianggap pengecut tetapi jika dia terpaksa bertempur dia akan cuba sehingga ketitisan darah yang terakhir demi kawan-kawannya. Kuasanya tidaklah sekuat kusa rakan-rakannya yang lain tetapi jika bertempur dia akan terima cabaran itu dan berfikir diluar kotak. Dia tidak seperti rakannya yang sangat suka berlawan.

Rupa[]

Lucy mempunyai mata coklat dan panjang bahu rambut blonde yang biasanya diikat oleh reben dalam pelbagai warna dalam ekor kuda kecil untuk sebelah kanan kepalanya dengan seluruh rambut longgar. Walau bagaimanapun, pada tahun X791 dia muncul untuk menjaga rambut dia sehingga lebih kerap dalam pigtails. Dia mempunyai payudara yang besar, dan badan yang montok. Dia (diandaikan) mempunyai ukuran seperti Dada: cm 91; Pinggang: 59 cm; Pinggul: 88 cm; (37in, 23in, 36in) Ukuran ini kemudiannya diturunkan untuk menjadi sedikit berbeza, dengan dada yang dua sentimeter kurang, dan salah orang lain yang kurang. Tanda Fairy Tail merah jambu terletak di belakang tangan kanannya. Selain itu, Lucy tidak konsisten memakai pakaian yang sama. Bagaimanapun, dia sentiasa mempunyai tali pinggang yang melilit skirtnya sehingga dia memegang kunci Celestial Spirit dia dan cambuk dengan hujung berbentuk jantung. Dia juga memakai kasut hitam, kulit but bertumit tinggi. Dia juga mmepunyai persamaan yang ketara kepada ibunya.

Teknik Magik[]

Lucy dikenali sebgai Celestial Spirit. Gelaran ini membolehklan dia menggunakan kunci zodiak untuk menyeru makhluk Celestial Spirit. Kunci paling kuat adalah kunci emas yang terdiri daripada 12 kunci zodiak yang sepadan dengan simbol-simbol astrologi. Tetapi Lucy perlu membuat perjanjian dengan setiap satu Celestial Spirit sebelum menggunakan kunci yang ada. Lucy pernah menggunakan cemeti yang diberi oleh Virgo untuk meningkatkan kuasanya. Dengan bantuan Second Origin, dia dapat menguasai Magik Celestial Spirit yang terkuat iaitu Urano Metria.

Kemunculan[]

Dalam Fairy Tail[]

Lucy Heartfilia merupakan watak naratif dalam setiap bab atau episod siri ini. Kisahnya bermula ketika dia sedang tercari-cari persatuan yang ingin disertai. Hajatnya termakbul apabila bertemu dengan Natsu Dragneel dan Happy. Sejak dia menyertai persatuan Fairy Tail, banyak peristiwa dan perlawanan yang dia sudah hadapi. Dalam siri ini dia mempunyai dua watak yang serupa; Lucy Ashley dari Edolas dan Lucy Heartfilia dari diri masa depannya. Dia juga disifatkan suka menulis novel berkaitan pengembaraan yang sudah dilalui bersama ahli Fairy Tail yang lain dan mahu Levy McGarden sebagai orang yang pertama membaca novelnya.

Dalam media lain[]

Lucy Juga pernah muncul dalam filem, Fairy Tail the Movie: The Phoenix Priestess menggunakan latar belakang sebelum kehilangan mereka di Pulau Tenrou selama tujuh tahun.[6] Selain itu dia juga pernah muncul dalam empat OVA; pertama, dia dipaksa memakai kostum kucing yang agak seksi hanya untuk mencari harta karun yang tersembunyi dalam kawasan asrama tersebut;[7] kedua, dia menjadi pelajar sekolah menengah yang baru di Akademi Fairy.[8] Jalan ceritanya digabungkan dan diubahsuai menggunakan adegan terdahulu. Ketiga, Memory Days, dia, Natsu dan Gray secara tidak sengaja dihantar ke masa lepas ketika Natsu dan Gray masih kecil. Lucy mendapat kebenaran parut yang ada pada leher Natsu melalui zaman itu. Dan yang keempat, Lucy dan ahli kumpulannya mengadakan kem latihan untuk persiapan menyertai Grand Magic Games.[9]

Dalam permainan video, Lucy muncul dalam lima buah permainan iaitu Sunday VS Magazine: Shuuketsu! Choujou Daikessen!, Fairy Tail Gekitou! Madoushi Kessen, Fairy Tail Gekitotsu! Kardia Daiseidou, Fairy Tail Portable Guild dan Fairy Tail Portable Guild 2.

Perlawanan dan Peristiwa[]

Perlawanan Peristiwa
  • Natsu Dragneel, Lucy Heartfilia, & Happy lwn. Bora
  • Natsu Dragneel & Lucy Heartfilia lwn. Vulcan (Macao Conbolt)
  • Lucy Heartfilia & Happy lwn. Duke Everlue
  • Lucy Heartfilia & Natsu Dragneel lwn. Duke Everlue
  • Erza Scarlet & Lucy Heartfilia lwn. Ahli Persatuan Eisenwald
  • Pasukan Natsu lwn. Raksasa Kampung
  • Lucy Heartfilia lwn. Sherry Blendy
  • Erza Scarlet, Lucy Heartfilia & Happy lwn. Mangsa Deliora
  • Lucy Heartfilia lwn. Juvia Lockser
  • Lucy Heartfilia, Loke, & Reedus Jonah lwn. Gajeel Redfox, Boze, & Sue
  • Pasukan Natsu lwn. Pasukan Jellal
  • Natsu Dragneel, Lucy Heartfilia, Gray Fullbuster & Juvia Lockser lwn. Penjaga Menara Syurga
  • Lucy Heartfilia & Juvia Lockser lwn. Vidaldus Taka
  • Lucy Heartfilia, Happy & Leo lwn. Bickslow
  • Lucy Heartfilia lwn. Naked Mummy
  • Light Pasukan lwn. Oración Seis
  • Lucy Heartfilia lwn. Angel
  • Natsu Dragneel, Gray Fullbuster, Lucy Heartfilia & Happy lwn. Zero
  • Erza Scarlet & Lucy Heartfilia lwn. Konco Cicak Daphne
  • Fairy Tail lwn. Konco Cicak Daphne & Dragonoid
  • Lucy Heartfilia lwn. Tentera Diraja Edolas
  • Lucy Heartfilia, Natsu Dragneel & Wendy Marvell lwn. Tentera Diraja Edolas
  • Lucy Heartfilia, Natsu Dragneel & Wendy Marvell lwn. Tentera Diraja Edolas: Perlawanan semula
  • Natsu Dragneel, Gray Fullbuster & Lucy Heartfilia lwn. Hughes & Sugarboy
  • Natsu Dragneel & Lucy Heartfilia lwn. Hughes & Byro
  • Gray Fullbuster, Lucy Heartfilia, Coco & Fairy Tail Edolas lwn. Tentera Diraja Edolas
  • Lucy Heartfilia & Cana Alberona lwn. Freed Justine & Bickslow
  • Gray Fullbuster, Loke, Lucy Heartfilia & Cana Alberona lwn. Caprico
  • Lucy Heartfilia lwn. Kain Hikaru
  • Lucy Heartfilia, Natsu Dragneel & Happy lwn. Kain Hikaru
  • Natsu Dragneel, Lucy Heartfilia, Gray Fullbuster, Erza Scarlet, Wendy Marvell & Laxus Dreyar lwn. Hades
  • Fairy Tail lwn. Acnologia
  • Pasukan Natsu lwn. Bandits
  • Lucy Heartfilia lwn. Mary Hughes
  • Natsu Dragneel, Lucy Heartfilia & Romeo Conbolt lwn. Dan Straight & Coco (Earthland)
  • Fairy Tail & Lyon Vastia lwn. Byro Cracy
  • Fairy Tail, Lyon Vastia, Byro Cracy & Dan Straight lwn. Reborn Oración Seis
  • Natsu Dragneel, Lucy Heartfilia, Elfman Strauss & Byro Cracy lwn. Jackpot
  • Pasukan Fairy Tail lwn. Grand Magic Games Participants
  • Lucy Heartfilia lwn. Flare Corona
  • Lucy Heartfilia & Yukino Aguria lwn. Uosuke
  • Pertemuan di Bandar Hargeon
  • Lucy Heartfilia Menyertai Fairy Tail
  • Pencarian Macao
  • Pertemuan semula Conbolt
  • Lucy Membuat Perjanjian dengan Nikora (Plue)
  • Formasi Pasukan Natsu
  • Pecah Masuk Rumah Agam Everlue
  • Kemusnahan Rumah Agam Everlue
  • Pembongkaran DAYBREAK
  • Erza dan Gray Sertai Pasukan Natsu
  • Eisenwald Mengambil Tebusan Stesen Bandar Oshibana
  • Lucy Mendapat Virgo
  • Kebangkitan Lullaby
  • Kemusnahan Bangunan Perjumpaan Ketua Persatuan
  • Permulaan Kerja Kelas S!
  • Selamat Datang ke Pulau Galuna!
  • Deliora Kembali
  • Pertemuan Semula Pelajar
  • Misi Pasukan Lyon: Musnahkan Kampung itu
  • Titania Turun Padang: Erza Sertai Pergaduhan
  • Kebangkitan Syaitan: Pelepasan Deliora
  • Mistery Terbongkar: Berakhirnya Misi Kelas S
  • Lucy Heartfilia dan Gajeel Redfox: Mangsa Penculikan
  • Penahanan Jellal Fernandes
  • Dewan Tarian di Istana Balsamico
  • Hantar Emas!
  • Misi: Mendapatkan Kembali Kenangan Jude Heartfilia!
  • Penyusur Langit
  • X791 Perasmian Grand Magic Games
  • Berseronok di Ryuzetsu Land!!
  • Pertarungan Air
  • Ditahan di Mercurius
  • Tujuh Ekor Naga

Rujukan[]

  1. Fairy Tail Manga: Bab 25, Muka depan
  2. Fairy Tail Manga: Jilid 26, S&J
  3. 3.0 3.1 Fairy Tail Manga: Chapter 85. Pada laman tambahan.
  4. dieja sebagai 門の鍵
  5. dieja sebagai 星の大河
  6. Templat:Cite video
  7. Templat:Cite video
  8. Templat:Cite video
  9. Templat:Cite video

Navigasi[]

Advertisement