Wiki Fairy Tail
Advertisement
Macao arc
Arka Macao
Info Arka
Bab-bab Manga

Bab 1 - 3

Episod

Episod 1 - 2

Panduan Arka
Sebelumnya
← Tiada
Seterusnya
Arka Daybreak
Senarai Arka Cerita

Arka Macao adalah arka cerita pertama dari siri Fairy Tail. Arka ini terdapat dua peristiwa: Lucy Heartfilia dan Natsu Dragneel menghalang aktiviti jenayah Bora, dan mereka mencari Macao Conbolt dari Gunung Hakobe.

Ringkasan[]

Sebuah Jenayah yang Keji dan Pertemuan yang Ditakdirkan[]

Lucy in love

Lucy jatuh cinta akan Bora

Sekumpulan Mage yang dikenali sebagai ahli Majlis Magik bertemu dan membincangkan berkenaan masalah yang diberi oleh Persatuan Fairy Tail. Sementara itu, dalam Bandar Hargeon, seorang remaja bernama Natsu Dragneel dan kucing biru yang pandai berkata-kata bernama Happy telah sampai, sedang mencari seseorang bernama Igneel.[1] Pada masa yang sama, seorang remaja perempuan Lucy Heartfilia yang sedang sibuk membeli belah, terserempak dengan beberapa perempuan berketa mengenai Salamander. Lucy kemudiannya jatuh hatui kepada Bora tetapi dia sedar dari pukauan Magik Mempersona Bora apabila Natsu datang untuk melihat yang dikatakan Salamander. Selepas lihat itu bukan Salamander, Natsu pergi dari tempat itu dan menyebabkan kemarahan kepada peminat Salamander. Sebelum Salamander pulang ke kapalnya, dia mengajak perempuan-perempuan yang ada ke partinya di atas kapalnya pada malam nanti.[2]

Lucy treating Natsu and Happy to dinner

Lucy membelanja Natsu dan Happy makan

Lucy sangat berterima kasih kepada Natsu kerana menyedarkannya daripada Magik menawan. Semasa Natsu dan Happy sedang makan, Lucy tidak berhenti bercerita mengenai dunia Magik dan Persatuan Fairy Tail tetapi Lucy hanya membahsakan Fairy Tail sebagai "persatuan terkenal". tetapi Lucy menganggap Natsu tiada pengetahuan langsung mengenai dunia Magik. Lucy kemudiannya meminta diri dan tinggalkan lebihan wang daripada pembelian kunci Nikora tadi. Natsu dan Happy berterima kasih atas layanan yang tidak diduga oleh mereka. Lucy terus pergi ke taman dan sambil membaca Majalah Mingguan Ahli Sihir. Pernyataan Lucy untuk menyertai Fairy Tail didengari Bora. Bora menyatakan persetujuan untuk memasukkan lucy ke dalam persatuan jika dia datang ke partinya nanti dan Lucy menyetujuinya. Natsu dan Happy berada di pelabuhan setelah habis makan dan terdengar Salamander dari Fairy Tail mengajak perempuan-perempuan ke partinya yang menyebabkan Natsu tertanya-tanya.[3]

Fail:Natsu arrives.jpg

Natsu tiba untuk menolong Lucy

Sementara itu, Lucy sudah pun berada diatas kapal bersama-sama perempuan yang lain. Bora mengajak Lucy minum air yang diapungkan tetapi Lucy menolak sebaik sahaja tahu di dalam air itu ada sedatif. Dia tidak mahu menjadi perempuan Bora. Tetapi Bora mula memanggil konco-konconya sebaik sahaja Lucy mahu meninggalkan kapal. Bora mengambil kunci Celestial Spirit dari Lucy dan membuangnya ke laut kerana hanya boleh digunakan jika membuat perjanjian dengan setiap Celestial Spirit. Lucy mula salah faham mengenai Fairy Tail kerana kejahatan yang Bora tunjukkan. Bora kemudiannya mahu mengecop Lucy dengan tanda abdi, tetapi Natsu muncul dari atas kapal untuk menyelamatkan Lucy. Dengan keadaan kapal yang bergoyang menyebabkan Natsu mula mabuk dan meruntuhkan sifat seriusnya. Happy memanggil Lucy sambil terbang yang menjadi tanda tanya kepada Lucy tetapi soalan itu diendah dahulu. Happy membawa Lucy ke pelabuhan dengan melilitkan ekornya kepada Lucy. Bora dan salah seorang konconya mula menembak ke arah Lucy tetapi Happy sempat mengelak setiap tembakan. tetapi sebaik sahaja selepas tembakan kuasa Aeranya mula kehabisan dan jatuh kedalam laut.[4]

Fail:Natsu dragging Lucy.jpg

Natsu dan Lucy melarikan diri daripada tentera

Kembali semula ke kapal, Natsu masih lagi bergelut dengan mabuk kenderaannya. Lucy pula menjumpai kuncinya yang dibuang oleh Bora. Lucy mula memnggil Aquarius dan meminta untuk membawa kapal itu ke pelabuhan. Aquarius mula merasa jengkel dan mengancam bunuh kepada Lucy jika menghilangkan kunci lagi. Aquarius menggunakan kuasanya dan membawa kapal bersama Lucy dan Happy ke pelabuhan. Mabuk yang dialami Natsu mula berkurangan dan mula menayakan soalan. Lucy mahu menyelesaikan masalah itu sendiri tetapi dihalang Happy. Happy lupa memberitahu yang Natsu adlah seorang Mage juga seperti Lucy. Soalan yang ditanya Natsu berkenaan kelibat Bora yang tidak pernah dilihat dalam Fairy Tail. Bora mengendahkan soalan itu lalu mengarahkan dua orang konconya menyerang Natsu tetapi dikalahkan dengan satu tumbukan. Logo yang berada di sebelah lengan kanan Natsu menyedarkan bahawa Natsu adalah Mage Fairy Tail sebenar. Bora yang berasa tidak selesa dengan keadaan itu, dia membakar Natsu dengan kuasanya. Tetapi Natsu tidak dimamah api tetapi sebaliknya dia yang "memamah" api tersebut dan mula menyerang balas. Keadaan ini mengejutkan Lucy lebih-lebih lagi Magik Purba yang digunakan Natsu adalah sangat jarang digunakan iaitu Magik Pemburu Naga. Hampir separuh pelabuhan dihancurkan sebaik sahaja Bora dikalahkan. Askar tiba untuk melihat keadaan dan Natsu melarikan diri kerana takut ditangkap. Lucy dibawa bersama dan lebih menggembirakan Lucy ketika Natsu menyatakan hasrat Lucy untuk menyertai Fairy Tail.[5]

Tidak lama kemudian Majlis Magik mula dapat maklumat huru-hara yang berlaku dan mahu bertindak tetapi salah seorang ahli Majlis Magik, Siegrain, mempertahankan Fairy Tail dan memberitahu majlis bahawa dunia Magik tidak akan lebih seronok jika mereka tiada.[6]

Selamat Datang ke Fairy Tail[]

Fail:Fairy Tail former building.jpg

Natsu dan Lucy tiba di Fairy Tail

Natsu, Lucy dan Happy tiba di Bandar Magnolia dimana telertaknya Fairy Tail Guild dan Lucy mendapat pengalaman pertamanya bersama ahli di situ apabila Natsu menyepak Krov, orang yang memberi maklumat palsu mengenai Igneel. Antara ahli-ahli yang diperkenalkan adalah Gray Fullbuster, seorang Mage Ais dan pesaing kepada Natsu dan suka menggalkan pakaina tanpa disedarinya, Cana Alberona yang minum rum dengan tong, Elfman, yang asyik bercakap tentang kelelakian kemudiannya ditumbuk keluar, Loke, seorang mata keranjang yang serta-merta suka pada Lucy tetapi berundur apabila dia sedar Lucy adalah seorang Mage Celestial Spirit. Dan akhir sekali Mirajane, gadis poster Fairy Tail dan pelayan bar persatuan yang meyakinkan Lucy bahawa pergaduhan berlaku sepanjang masa, sebelum terkena botol yang dibaling dan kepalanya berdarah , wtetapi seolah-olah tiada apa-apa kepadanya.[7]

Fail:Normal fight in FT.jpg

Mage dari Fairy Tail sedang bergaduh

Setelah lama bertumbuk, Mage Fairy Tail mula menggunakan kuasa mereka tetapi dihalang oleh ketua mereka, Makarov Dreyar yang menyatakan maklum balas negatif yang diberi oleh Majlis Magik dan kerosakan yang dibuat Natsu. Setelah berleter panjang, Makarov mengatakan jangan peduli apa yang dikatakan oleh Majlis Magik, lakukan apa yang dirasakan betul kerana itulah cara Mage Fairy Tail, dan yang lain bersorak tanda setuju.[8]

Mencari Macao[]

Fail:Natsu, Lucy, and Happy at Mt Hakobe during summer.jpg

Gunung Hakobe semasa musim panas

Setelah selesai semuanya malam pun berlabuh, Lucy secara rasmi menjadi ahli oleh Mirajane dengan menampalkan tanda logo pada tangan kanan Lucy. Sementara itu, Natsu pergi ke papan kerja untuk menambahkan simpanannya. Setelah memastikan pekerjaan yang akan diambil tiba-tiba dia terdengar seoran budak, Romeo Conbolt bertanya kepada Makarov berkenaan bila kepulangan ayahnya, Macao Conbolt. Dia sungguh risau kerana ayahnya takkan pulang dalam minggu itu selepas mengambil kerja. Makarov tidak endah permintaannya untuk mencari Macao dan suruh pulang kerumah untuk menunggu. Jawapan itu menyebabkan Romeo marah dan pergi setelah memberikan tumbuk ke muka Makarov. Natsu tidak tahan dengan situasi itu lalu membantu Romeo mencari ayahnya. Mirajane berkata kepada Lucy bahawa perangai Natsu seperti itu kerana kisah silam dengan ayah angkatnya, Igneel yang meninggalkannya ketika kecil. Di samping itu juga, Mirajane mengataka semua ahli Fairy Tail membawa kisah sedih dan pahit mereka tersendiri. Lucy kemudiannya mengikut Natsu ke Gunung Hakobe untuk membantu. Tetapi keadaan ribut salji yang tebal membatalkan hasratnya untuk menolong lalu memanggil Horologium untuk membawanya pulang di samping memanaskan badannya.[9]

Fail:Vulcan sees Lucy.jpg

Vulcan ternampak Lucy

Natsu memanggil Macao dalam ribut salji itu, tetapi ada sesuatu yang sedar akan misi pencariannya: iaitu Vulcan itu sendiri. Tetapi, bukannya mahu berlawan dengan Natsu, Vulcan tadi meluru melepasi Natsu lalu mengambil Horologium dengan Lucy di dalamnya dan membawa kembali ke sarang.[10] Horologium kemudian hilang kerana had masa tamat, meninggalkan Lucy untuk menjaga dirinya sendiri. Nasib baik, Natsu tiba setelah terjumpa sarang dan menuntut Vulcan menunjukkan kepadanya di mana Vulcan menyembunyikan Macao. Vulcan bagaimanapun menipu Natsu melihat melalui lubang pada dinding gua itu lalu ditolak keluar. Lucy pergi untuk memanggil Celestial Spirit Taurus untuk memerangi Vulcan. Walau bagaimanapun, sebelum dia boleh menyerang, Natsu muncul semula dan menyerang Taurus, yang disalah anggap oleh Natsu sebagai musuhdan menyebabkan Taurus tidak boleh melawan lagi. Apabila ditanya oleh Lucy bagaimana Natsu terselamat, Natsu menunjukkan bahawa Happy menangkapnya dengan menggunakan Magik Areanya (dan mampu untuk mengatasi mabuk kerana Natsu tidak menganggap Happy sebagai "pengangkutan").[11]

Fail:Natsu, Lucy and Macao return home.jpg

Natsu, Lucy dan Macao kembali

Vulcan dan Natsu mula berlawan. Tetapi Natsu dapat mengalahkan Vulcan itu dengan mencairkan besi kapak Taurus yang digunakan oleh Vulcan sebagai senjata untuk menyerang Natsu dan Natsu menembak butir besi panas ke muka Vulcan. Setelah Vulcan mengundur Natsu memberi tumbukan kuat yang menyebabkan Vulcan tersembam ke dinding gua dan menghasilkan lubang yang besar. Vulcan tadi berubah menjadi Macao dan Macao jatuh melalui lubang itu. Walaubagaimanapun sempat ditangkap Natsu, Happy dan Lucy tetapi Lucy tidak boleh bertahan lama. Tauruslah yang menolong mereka membawa masuk Macao. Mereka bertungkus lumus merawat kecederaan teruk yang ada pada Macao tetapi tidak memberikan hasil yang positif. Lalu Natsu membakan luka yang dalam pada badan Macao untuk memberhentikan darah. Mereka kemudiannya pulang dan menyatukan semula Macao dengan Romeo. Romeo meminta maaf setelah merungut kepada ayahnya kerana kemalasan ayahnya menyebabkan dia diejek rakan. Macao juga meminta maaf kerana menyebabkan dia risau. Macao menyuruh Romeo memberitahu rakannya adakah ayah mereka boleh mengalahkan 19 ekor Vulcan jika rakan Romeo menegejeknya lagi. Romeo gembira mendengar berita itu dan berterima kasih kepada Natsu, Lucy dan Happy kerana membawa ayahnya pulang.[12]

Perbezaan Anime dan Manga[]

  • Sebenarnya manga dimulakan dengan ahli majlis berkumpul di meja dan berbincang berkenaan Fairy Tail. Adegan ini tidak kelihatan alam anime setelah episod 2 tetapi ahli majlis berdiri dalam bulatan dan bukannya diatas meja.[13][14]
  • Bora mahu mengecop denganbesi panas Lucy tetapi tidak dibuat dalam anime. Selain itu juga, Lucy masih menganggap Bora dalam Fairy Tail selepas sahaja Bora membongkar rancangan jahatnya. Tetapi dalam anime, Bora mengaku yang dia menipu kepada Lucy.[15]
  • Dalam manga, setiap perlawanan berlaku diatas kapal yang tersadai di pelabuhan. Tetapi anime pula berlaku ketika kapal itu sudah hamcur di pelabuhan.[16][15]
    • Begitu juga aksi perlawanan dipanjangkan di dalam anime.[15]
  • Pergaduhan Fairy Tail agak kurang di dalam anime. Gray memang terbogel dan kamera hanya berada pada paras atas badannya sahaja. Selain itu, Mirajane yang terkena balingan botol di kepala dan berdarah ditukar kepada Elfman mendarat di atas badannya dan pengsan serta-merta.[17][14]
  • Macao terjatuh keluar dari lubang yang memaksa Natsu, Happy, Lucy dan Taurus untuk menolonnya tidak kelihatan dalam anime.[18][14]
  • Dalam anime, Macao tidaklah cedera parah seperti dalam manga. Dalam anime juga membuang adegan dimana Natsu menggunakan api untuk menutup luka Macao.

Trivia[]

  • Apabila berlari ke Persatuan Fairy Tail, pakaian yang Lucy pakai adalah berbeza. Apabila berlari ke Persatuan dengan Natsu dan Happy dia memakai pakaian merah dan waktu pada masa itu adalah malam. Apabila tiba di Persatuan, Lucy telah memakai pakaian yang biasa daripada episod sebelumnya dan waktu pada masa itu adalah siang hari.

Perlawanan dan Peristiwa[]

Rujukan[]

  1. Fairy Tail Manga: Bab 1, M/s 1-7
  2. Fairy Tail Manga: Bab 1, M/s 8-18
  3. Fairy Tail Manga: Bab 1, M/s 19-32
  4. Fairy Tail Manga: Bab 1, M/s 33-45
  5. Fairy Tail Manga: Bab 1, M/s 45-77
  6. Fairy Tail Manga: Bab 1, M/s 78-80
  7. Fairy Tail Manga: Bab 2, M/s 1-12
  8. Fairy Tail Manga: Bab 2, M/s 13-26
  9. Fairy Tail Manga: Bab 2, M/s 28-45
  10. Fairy Tail Manga: Bab 2, M/s 46-49
  11. Fairy Tail Manga: Bab 3, M/s 4-13
  12. Fairy Tail Manga: Bab 3, M/s 14-30
  13. Fairy Tail Manga: Bab 1, M/s 1-3
  14. 14.0 14.1 14.2 Fairy Tail Anime: Episod 2
  15. 15.0 15.1 15.2 Fairy Tail Anime: Episod 1
  16. Fairy Tail Manga: Bab 1, M/s 55-73
  17. Fairy Tail Manga: Bab 2, M/s 11-13
  18. Fairy Tail Manga: Bab 3, M/s 22-24

Navigasi Arka[]

Tiada Arka Macao Arka Daybreak
Tiada Bab-bab
1 | 2 | 3
Tiada Episod
1 | 2
Advertisement