Wiki Fairy Tail
Advertisement
Natsu confronts Everlue
Arka Daybreak
Info Arka
Bab-bab Manga

Bab 4 - 9

Episod

Episod 3 - 4

Panduan Arka
Sebelumnya
Arka Macao
Seterusnya
Arka Lullaby
Senarai Arka Cerita

Arka Daybreak adalah arka cerita yang kedua dalam Fairy Tail.

Arka ini menceritakan misi pertama Natsu, Lucy dan Happy secara bersama untuk mengambil semula buku daripada seorang ahli politik yang jahat. However, there may be more to the mission than the client lets on.

Ringkasan[]

Rumah Baru dan Pasukan Baru[]

Fail:Natsu and Lucy decide to form a team.jpg

Pasukan Lucy dan Natsu dicipta!

Lucy Heartfilia akhirnya menemui rumah untuk disewa di dalam Bandar Magnolia. Selepas mandi, dia terserempak dengan Natsu Dragneel dan Happy berada di dalam rumahnya, seperti memecah masuk tanpa diketahui. Selepas menjerit dan menyepak mereka berdua, Lucy bercadang untuk membiarkan mereka. Mereka bertiga duduk di meja dan berbual berkenaan Celestial Spirit. Selepas menunjukkan Kunci Perak, yang boleh dibeli di kedai-kedai, dan Kunci Emas, Yang sukar didapati, Lucy teringat yang dia masih tidak mengadakan perjanjian dengan Kunci Perak yang baru didapatinya lalu melakukan perjanjian itu. Lucy menunjukkan mereka berdua bagaimana Mage Celestial mengadakan perjanjian, dalam kes ini dengan semangat Nikora, yang dinamakan oleh Lucy sebagai Plue. Selepas melakukan perjanjian, Plue memberikan Natsu idea untuk mencipta pasukan bersama Lucy. Lucy dengan segera menerima cadangan tersebut lalu Pasukan Natsu tercipta.

Fail:Lucy tricked by Natsu and Happy.JPG

Lucy ditipu!

Natsu kemudiannya menunjukkan iklan bagi kerja baru di Bandar Shirotsume berkenaan untuk mengabil semula buku. Walaupun pembayaran yang diberi sebanyak 200,000 Templat:Jewel selepas selesai, Lucy menjadi agak risau apabila berhadapan dengan Duke Everlue yang gatal dan mahu mencari pembantu rumah berambut perang, dan sementara itu Natsu dan Happy telah lama menyimpan iklan tersebut bagi menjalankan misi ini bersama-sama. Di Persatuan Fairy Tail, Levy McGarden, bersama Jet dan Droy, menyedari bahawa iklan bagi misi tersebut telah tiada, dan Mirajane menyatakan Natsu telahpun mengambilnya. Makarov kemudiannya menyatakan jumlah bayaran yang diberi sudah melonjak kepada 2 juta Templat:Jewel, mengejutkan hamper kesemua ahli Fairy Tail. Di pertengahan jalan, Pasukan Natsu telahpun berada dalam perjalan menuju ke Bandar Shirotsume, dan tidak mengetahui akan maklumat baru itu.[1]

Misi Bermula[]

Fail:Lucy Maid.jpg

Cantik...?

Fail:Happy's maths.jpg

Pengiraan Happy

Mereka bertiga telah sampai ke destinasi yang mereka tujui. Natsu dan Happy pergi mencarii tempat untuk makan manakala Lucy pergi bersiar-siar di dalam bandar itu. Lucy kemudiannya menemui semula Natsu dan Happy dengan memakai pakaian pembantu rumah sebagai sebahagian daripada pelan untuk memasuki rumah agam Duke Everlue, walaupun begitu Natsu dan Happy hanya bergurau. Selepas itu mereka bertemu dengan klien, Kaby Melon dan isterinya. Selepas berbincang berkenaan kerja yang diberi yang menyebabkan Lucy teragagk-agak dengan persamaaan nama Kaby, Kaby memberitahu kerja yang akan dilakukan oleh mereka iaitu memusnahkan sebuah buku dan jumlah bayaran yang akan diberi sebanyak 2 juta Templat:Jewel. Mereka agak terkejut dengan nilai itu dan semangat Natsu semakin berkobar-kobar untuk memulakan kerja. Lucy ingin tahu kenapa nilai bayaran meningkat lalu Kaby menyatakan kewujudan buku itu tidak sepatutnya berlaku. Sebelum Kaby menyambung ceritanya, Natsu memegang tangan Lucy dan mereka bertiga menuju ke rumah agam tersebut, dan tidak mengetahui tahap sekuriti telah diketatkan kerana sebuah persatuan gagal kesana minggu lalu.[2]

Fail:Go home, ugly.jpg

...atau hodoh?

Mereka bertiga tiba di hadapan rumah agam itu, Lucy mengayakan sebagai calon pembantu rumah untuk mengalih perhatian Everlue. Salah seorang daripada pembantu rumah Everlue, yang sangat hodoh dan gemuk, tiba-tiba muncul daripada tanah bersama-sama Everlue. Selepas melihat keadaan Lucy, Everlue menolak permohonan Lucy kerana "hodoh" jika dibandingkan dengan pembantu rumahnya yang lain (terlalu hodoh), Everlue mempunyai minat pelik kepada sifat hodoh. Lucy bersama semula dengan yang lain, egonya berkecai, selepas sahaja Natsu menukar pelan. Tetapi mereka tidak tahu bahawa Everlue mengetahui yang mereka ialah Mage, daripada pandangan sekilas pada tanda persatuan di tangan Lucy. Everlue bersama dua pengawalnya telah bersedia untuk mengahadapi mereka.[3]

Mencerobohi Rumah Agam Everlue[]

Fail:Looking for Daybreak.JPG

Mencari Daybreak...

Pasukan itu memasuki rumah agam melalui bumbung dengan bantuan kuasa Aera Happy, bercadang hanya mahu curi-curi masuk dan mengambil buku itu keluar, tetapi Natsu pula mahu menerobos masuk, belasah orang, dan mengambil buku itu. Natsu mencairkan salah satu cermin tingkap untuk memudahkan membuka pintu bagi mereka memasuki rumah itu. Dari situlah mereka mencuba masuk tanpa diketahui. Tidak lama kemudian beberapa pembantu rumah Everlue datang menyerang tetapi dibereskan oleh Natsu dalam sekelip mata. Mereka meneruskan perjalanan ke sebuah bilik yang dipenuhi buku.

Fail:Team Natsu deciding on what to do.JPG

...what will you do if you find it?

Mereka meninjau di setiap rak buku untuk mencari buku Daybreak, tetapi terima kasih kepada "nasib baik" Natsu yang menumpai buku itu. Sebelum mereka membakar buku itu, Lucy mendapati buku itu ditulis oleh Kemu Zaelon, salah seorang penulis kegemarannya, dan menghalang Natsu daripada membakarnya kerana mahu membaca buku itu. Everlue menemui mereka secara tiba-tiba, beliau sengaja membiarkan mereka bertiga melilau di dalam rumah agam untuk mengetahui apa yang mereka mahu cari. Mereka bertengkar akan buku itu. Natsu memarahi Lucy yang tidak mahu melepaskan buku itu. Lucy berbuat demikan kerana mahu membaca buku segera.[4]

Tubuh lwn. Akal[]

Fail:Natsu vs Vanish Brothers 4.jpg

Natsu vs the Vanish Brothers

Kemudian Everlue mendedahkan persatuan bebas yang bekerjasama iaitu Southern Wolves, dan salah sebuah kumpulan di dalam persatuan itu yang dikenali sebagai Vanish Bersaudara. Kedua-dua pihak berlawan dan membiarkan Lucy yang sedang membaca. Lucy kemudiannya mendapati sesuatu terhadap buku itu dan meminta Natsu memberikannya lebih masa. Everlue mahu mengetahui apa rahsia disebalik buku itu lalu mengikuti Lucy semasa Natsu dan Vanish Bersaudara berlawan. Manakala Happy mengikuti Lucy untuk menolong. Kedua-dua ahli persatuan bebas itu mengatakan Natsu ialah sasaran yang sangat mudah kerana Natsu menggunakan Magik Api selepas mengetahuinya pada bebola Everlue. Natsu acuh tak acuh bagaimanapun dan tiga memulakan pertempuran mereka, dengan DUa Bersaudara mendakwa Mage lemah terhadap mereka kerana Mage melatih sihir mereka dan bukannya badan-badan mereka. Natsu menunjukkan mereka tidak memukulnya lagi, jadi saudara-saudara terus melakukan serangan utama mereka.

Fail:Natsu beats Vanish Brothers.jpg

Winner is the body or the mind?

Natsu diserang bertubi-tubi tetapi dia terselamat dan mengejutkan dua bersaudara itu. Natsu Natsu kemudiannya menggunakan Ngauman Naga Api kepada dua bersaudara itu tetapi dipintas oleh bersaudara yang muda menggunakan kuali leper untuk menghantarkan api itu kepada Natsu. Namu, Natsu memakan api itu dan meningkatkan kuasanya lalu mengalahkan mereka dengan kuasa lebih kuat. Natsu terus mencari Lucy dan tidak menyedari pembantu rumah Everlue sedar.[5][6]

Lucy lwn. Everlue[]

Fail:Lucy Down.png

Lucy captured by Everlue

Sementara itu di dalam pembentung, Lucy sudah hampir habis membaca buku itu menggunakan Cermin Mata Membaca Pantas dan terkejut dengan isi kandungan buku itu. Dia berjanji kepada dirinya mahu memulangkan buku itu kepada Kaby Melon, tetapi dipegang oleh Everlue yang menggunakan Magik Penyelam dan membuang kunci Lucy. Everlue mencuba untuk membongkar rahsia yang diketahui oleh Lucy walaupun Lucy enggan meluahkannya biarpun Lucy diancam yang boleh mematahkan tangannya. Tetapi sebelum Everlue memulakan langkah, Hapy terbang ke arah Everlue untuk menendang. Kini bebas Lucy terus mengambil kuncinya sebaik sahaja Everlue memulakan serangan. Semasa Lucy mengelakan serangan Everlue, Lucy menyatakan Everlue memaksa Zekua Melon yang enggan untuk menulis buku tentang Duke sendiri buat kali pertama.

Fail:Happy strikes Everlue.JPG

Happy vs. Everlue

Namun, Everlue ialah seorang tokoh politik, beliau dengan mudah menghancurkan hidup keluarga Melon dengan membatalkan kewarganegaraan dan menghalang mereka daripada berniaga. Zekua mengalah dan bersetuju untuk menulis, tetapi Everlue bengan dengan tolakan pertama Zakua lalu memenjarakan Zakua sehingga buku itu siap ditulis dimana menghancurkan semangat menulisnya.[7][8]

Terkejut bahawa Lucy tahu semua ini, Everlue bertanya di mana dia mendapat maklumat itu, Lucy mendedahkan semua berada dalam buku Daybreak kerana Zekua adalah Mage pertama dan mengunakan mentera Magik untuk mendedahkan maklumat yang tidak dilihat oleh mata kasar. Kerana Everlue adalah orang yang sia-sia dan cetek, dia tidak menyedari pada kali pertama. Lucy juga mendedahkan bahawa mesej sebenar kepada orang lain dan Duke tidak mempunyai hak untuk memiliki buku ini.

Fail:Cancer attack Evarlue.jpg

Cancer vs Everlue

Dia kemudian memanggil Celestial Spiritnya, Cancer, manakala Everlue mula panik, memikirkan buku mungkin mempunyai maklumat mengenai amalan perniagaan rasuah beliau. Beliau kemudiannya mendedahkan bahawa beliau juga adalah Mage Celestial Spirit dan memanggil semangat Virgo, yang ternyata menjadi pembantu ketua rumah agam itu. Bagaimanapun, Virgo tidak datang bersendirian kerana Natsu terikut sekali semasa Virgo dipanggil, yang sepatutnya mustahil kerana tidak ada manusia boleh hidup di dunia roh, hal ini mengelirukan Natsu. Lucy menyuruh Natsu untuk menghalang Virgo lalu Natsu lakukan dengan satu pukulan. Sementara itu, Lucy membalut cambuk di sekeliling Everlue dan menghantar dia terbang ke Cancer yang memberikan serangan akhir, memotong rambut Everlue sambil mengalahkan beliau.[9]

DEAR KABY[]

Fail:Kaby in front of Zekua's grave.JPG

Kaby in front of Zekua's Grave

Mereka membawa buku itu ke rumah agam Kaby Melon. Kaby terkejut kerana kumpulan itu tidak memusnahkan buku itu dan Lucy mengetahui sebab kenapa mahu memusnahkan buku itu; Kaby adalah anak Kemu Zaelon, dimana nama sebenarnya ialah Zekua Melon. Kaby hanya mahu melindungi maruah ayahnya. Kaby menjelaskan bahawa 31 tahun dahulu, ayahnya pulang selepas tiga tahun menghilang dan ayahnya terus memotong tangan menulisnya dengan sebilah kapak, menyatakan janji tidak mahu menulis lagi. Ayahnya dihantarkan ke sebuah hospital untuk dirawat, Kaby sangat memarahi ayahnya kerana menulis cerita merapu untuk Duke. Zekua bersetuju dengan ulasan itu tetapi ayahnya menyatakan bayarannya bagus yang menaikkan lagi amarah Kaby, yang berpaling daripada ayahnya kerana kononnya membuang maruah sebagai seorang penulis. Tidak lama selepas itu, Zekua membunuh diri. Kaby, bagaimanapun, menyesal atas perbuatannya dan mahu untuk memusnahkan buku untuk membetulkan kesalahan terhadap ayahnya.[10]

Fail:Daybreak's Magic.jpg

Daybreak's Magic

Sebelum dia boleh berbuat demikian bagaimanapun, sihir dalam buku itu diaktifkan dan perkataan pada tajuk mula disusun semula menjadi "Dear Kaby" (Wahai Kaby). Lucy menjelaskan bahawa Zekua, di bawah nama pena Kemu Zaleon, membikin pada buku yang boleh menyusun kata-kata sebaik sahaja buku itu bercahaya, dan Zekua berhenti menjadi seorang penulis, bukan kerana dia menulis buku yang paling teruk dalam kerjayanya, tetapi dia telah menulis buku yang terbaik yang pernah ditulis, khusus untuk anaknya, Kaby. Menyedari maksud kata-kata terakhir Zekua ini "Anda sentiasa di fikiran saya", Kaby terus menangis dan berterima kasih kepada ketiga-tiga mereka untuk membawa buku itu kepadanya.[11]

Dengan itu, Natsu menolak ganjaran, kerana mereka tidak secara teknikal memenuhi permintaan Kaby. Kaby dan isterinya lebih daripada gembira untuk memberikannya kepada mereka, tetapi Natsu tetap menolak menyebabkan kekecewaan kepada Lucy. Natsu kemudian meninggalkan mereka dan memberitahu Kaby untuk kembali ke rumah mereka yang sebenar, mendedahkan bahawa Kaby tidak kaya dan sebenarnya hanya menggunakan rumah rakan untuk menjadikan dirinya kelihatan seperti itu untuk menarik Mages untuk kerja. Natsu telah mengetahuinya lebih awal kerana bau rumah mereka berlainan dengan bau sebenar mereka. Namun, Lucy gembira bahawa segala-galanya ternyata baik-baik saja untuk Kaby. Natsu mengusik Lucy bahawa dia mengetahui bahawa Lucy juga seorang penulisyang menyebabkan mengapa Lucy begitu mendesak untuk tidak membakar buku itu. Lucy terkejut bahawa Natsu mengetahuinya dan membuat Natsu janji untuk tidak memberitahu sesiapa semasa mereka kembali ke Fairy Tail, dengan misi pertama mereka yang berjaya.[12]

Perlawanan dan Peristiwa[]

Templat:Perlawanan arka Daybreak Templat:Peristiwa arka Daybreak

Rujukan[]

  1. Fairy Tail Manga: Bab 4, M/s 2-20
  2. Fairy Tail Manga: Bab 5, M/s 4-15
  3. Fairy Tail Manga: Bab 5, M/s 15-20
  4. Fairy Tail Manga: Bab 6, M/s 2-13
  5. Fairy Tail Manga: Bab 6, M/s 13-20
  6. Fairy Tail Manga: Bab 7, M/s 2-17
  7. Fairy Tail Manga: Bab 7, M/s 18-19
  8. Fairy Tail Manga: Bab 8, M/s 2-9
  9. Fairy Tail Manga: Bab 8, M/s 9-20
  10. Fairy Tail Manga: Bab 9, M/s 2-11
  11. Fairy Tail Manga: Bab 9, M/s 11-16
  12. Fairy Tail Manga: Bab 9, M/s 16-20

Navigasi Arka[]

Templat:Arka Daybreak

Advertisement