Wiki Fairy Tail
Advertisement
Sylph Labyrinth
Kanji

風精の迷宮 (シルフラビリンス)

Rōmaji

Shirufu Rabirinsu

Simbol

Sylph Labyrinth

Jenis

Persatuan Pemburu Harta Karun

Lokasi

Earth Land

Sylph Labyrinth (風精の迷宮, シルフラビリンス, Shirufu Rabirinsu) adalah sebuah Persatuan Pemburu Harta Karun dalam Earth Land.[1]

Penerangan[]

Tidak banyak maklumat tentang Sylph Labyrinth selain ia adalah sebuah Persatuan Pemburu Harta Karun, ahli-ahlinya diberi tugas untuk mencari benda paling berharga dan jarang dijumpai, yang dipanggil sebagai Harta Karun.[1] Salah satu harta karun yang unik adalah Kunci Emas yang dimiliki oleh Mage Celestial Spirit, dan ketiga-tiga Pemburu Harta Karun itu mula mengejar Lucy Heartfilia selepas melihat Lucy memanggil Sagittarius melalui kaedah panggilan yang jarang digunakan.[2] Sylph Labyrinth juga menggunakan sistem ranking yang sama dengan Pesatuan Mage yang lain: Api Abadi yang melindungi penduduk Kampung Matahari dianggap sebagai "Harta Karun Super Kelas S" oleh beberapa ahli persatuan itu.[3]

Tidak seperti Persatuan Mage yang lain, tanda persatuan dihasilkan melalui pengecop Magik, dan juga digunapakai oleh Persatuan Bebas Southern Wolves, kesemua ahli Sylph Labyrinth meletakkan tanda persatuan mereka pada pakaian, ataupun pada baju sahaja atau pada kain perca.[4]

Sejarah[]

200px-Sylph_Labyrinth_winner_of_the_Grand_Secret_Treasure_Games.png
Sylph Labyrinth, pemenang bagi Grand Secret Treasure Games

Pada satu ketika dahulu, Sylph Labyrinth muncul sebagai pemenang dari Grand Secret Treasure Games, yang sekali gus diiktiraf sebagai Persatuan Pembuyru Harta Karun yang terkuat.[5]

Ketiga-tiga Ahli dari persatuan ini (yang bernama Drake, Hiroshi dan Lala) sedang berusaha untuk mendapatkan Api Abadi yang terletak di Kampung Matahari, tetapi susah untuk mengambilnya kerana dijaga oleh sekumpulan orang gergasi. Tetapi, kini seluruh bandar sudah pu disejukbekukan (termasuk Api Abadi sendiri) memberikan mereka peluang untuk mencuba lagi sekali, tetapi perkara itu perlu dilakukan jika mereka ada cecair Titisan Bulan untuk mencairkan ais tersebut.[6]

Kekuatan[]

200px-Sylph_Labyrinth_members_badassing.jpg
Ahli Sylph Labyrinth yang diketahui. Dari kiri ke kanan: Lala, Hiroshi dan Drake

Sylph Labyrinth bukanlah sebuah Persatuan Mage, sekali gus mereka tidak boleh menggunakan Magik. Tetapi mendapat pengiktirafan sebagai yang terkuat (atau paling tidak pun sebagai yang paling banyak sumber) daripada Persatuan Pemburu Harta Karun ynag lain, kerana kemenangan mereka dalam Grand Secret Treasure Games, cara pertandingan itu serupa dengan Grand Magic Games dalam kategorinya.[5] Ketiga-tiga ahli ini telah menunjukkan kemahiran masing-masing dalam penggunaan senjata walaupun tiada Magik: mereka sangat kuat sehingga boleh melawan berdepan dengan salah satu kumpulan yang terbaik dari Fairy Tail (selalunya dikenali sebagai pasukan yang terkuat di Fiore), dimana salah seorang ahli yang teratas menhilang, tetapi masih mempunyai dua Pembunuh Naga, seorang Mage Ice-Make dan Mage Celestial Spirit; begitu juga Natsu Dragneel, salah seorang Pembunuh Naga dan juga seorang Mage Fairy Tail yang terkuat, tergamam dengan kekuatan ketiga-tiga ahli pemburu harta karun tersebut. Drake menyatkan Persatuan Magik yang sama taraf tidak akan dapat mengalahkan mereka.[5] Ahli Sylph Labyrinth menggunakan senjata yang agak maju. Ahli persatuan ini iaitu Hiroshi dan Lala mahir dalam pertarugan jarak dekat. Masing-masing menggunakan pedang dan tukul (dimana kedua-dua senjata diubahsuai secara mendalam dan memiliki kecanggihan khas), sambil itu Drake sangat mahir dalam jarak jauh, dan bertindak sebagai penembak tepat Persatuan.[7]

Ahli-ahli[]

Nama Jawatan Pasukan Status
Drake Ahli biasa Tiada Aktif
Hiroshi Ahli biasa Tiada Aktif
Lala Ahli biasa Tiada Aktif

Trivia[]

  • Sylph adalah makhluk dalam mitologi Barat.

Rujukan[]

  1. 1.0 1.1 Fairy Tail Manga: Bab 344, M/s 12
  2. Fairy Tail Manga: Bab 345, M/s 16
  3. Fairy Tail Manga: Bab 343, M/s 14
  4. Fairy Tail Manga: Bab 344, M/s 11
  5. 5.0 5.1 5.2 Fairy Tail Manga: Bab 345, M/s 6
  6. Fairy Tail Manga: Bab 343, M/s 14-15
  7. Fairy Tail Manga: Bab 344, M/s 5-13

Navigasi[]

Advertisement