FANDOM


Fairy Tail (妖精の尻尾, フェアリーテイル, Fearī Teiru) adalah persatuan fiksyen dalam siri Fairy Tail yang terkuat dalam Kerajaan Fiore.[1] Nama "Fairy Tail" mewakili semangat pengembaraan bagi seseorang untuk mengetahui lebih lanjut mengenai misteri dan takdir.[2]

LokasiSunting

Lokasi sebenar Fairy Tail terletak di Kerajaan Fiore, di barat daya Bandar Magnolia dimana hanya wujud sebuah persatuan sahaja.[3] (sehingga kemunculan Twilight Ogre). Ia terletak di selatan bandar tidak jauh dari pantai, dan persatuan itu terletak kira-kira 4-5 kilometer ke jalan pusat Magnolia.[4] Apabila kehilangan ahli utama Fairy Tail selama tujuh tahun, ahli yang tinggal tidak mampu menampung bangunan pertama Fairy Tail jadi bangunan itu terpaksa ditutup.[5] Selepas mereka meninggalkannya, mereka berpindah ke sebuah bangsal kecil, yang bertempat di atas sebuah bukit, dan menjadikan tempat itu sebagai pangkalan operasi mereka.[6]

SejarahSunting

Adakah pari-pari ada ekor? Adakah mereka wujud... tempat ini adalah sebuah misteri kekal seperti mereka... Sebuah pengembaraan tidak berpenghujung![7]

Makarov Dreyar bekata mengenai maksud sebenar Fairy tail dalam "Sekarang Kita Setaraf"

Ada khabar angin mengatakan pengasas persatuan ini sebenarnya Pari-pari.[8] Ketua pertama Fairy Tail ialah Mavis Vermilion. Kubur Mavis terletak di sebuah tanah suci Fairy Tail, Pulau Tenrou.[9]

Fairy Tail telah wujud sekurang-kurangnya beberapa dekad yang lalu tetapi hanya berkembang semasa menjadi terkenal dan kekuatan yang ditonjolkan dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Dalam perkembangan ini, ia mula bersaing dengan persatuan yang lain seperti Phantom Lord, dan Fairy Tail mula menjadi simbolik kepada negara.[10] Apabila ahli utama persatuan itu hilang, persatuan ini mula merosot dari segi kekuatan,[11] tetapi ahli utama mereka kembali selepas tujuh tahun berlalu.

Percubaan Promosi Mage Kelas SSunting

Dalam Persatuan Fairy Tail, Percubaan ini sudah menjadin takwim utama dalam kalendar setiap tahun, di mana Ketua akan memilih ahli-ahli yang paling menonjol untuk mengambil bahagian di dalam percubaan untuk dinaikkan ke Mage Kelas S.[12] Setiap tahun percubaan adalah berbeza dan begitu juga tempat.[13] Mage Kelas S yang ada juga mengambil bahagaian dalam percubaan ini bagi menambahkan tahap kesukaran percubaan itu untuk diselesaikan.[14]

FantasiaSunting

Satu perbarisan diadakan setiap tahun di Pesta Kaamatan di mana semua Mage Fairy Tail memaparkan kuasa mereka dalam persembahan terhebat. Acara ini bukan sahaja dinantikan oleh ahli-ahli Fairy Tail tetapi oleh seluruh penduduk Magnolia.[15]

Meninggalkan Fairy TailSunting

Jika ada Mage yang mahu keluar dari Fairy Tail, mereka diizinkan berbuat demikian, tetapi mereka mesti mengikuti tiga peraturan berikut:

  1. Mereka dilarang membongkar maklumat yang sensitif berkaitan Fairy Tail kepada orang lain selagi masih hidup.[16]
  2. Mereka dilarang menggunakan bekas ahli persatuan yang mereka jumpa untuk keuntungan peribadi.[17]
  3. Mereka dilarang berputus asa dalam hidup, teruskan hidup selagi mampu.[18]

KekuatanSunting

Ultear Milkovich menyatakan bahawa Fairy Tail merupakan persatuan yang terkuat di Fiore. Dia juga mengulas mengenai pengambilan Zeref dari Pulau Tenrou akan berdepan dengan masalah jika ahli terkuat Fairy Tail berada disitu.[19] Kemudian, Lahar salah seorang ahli Majlis Magik menyatakan Fairy Tail merupakan salah satu daripada tiga masalah yang besar yang perlu ditangani selain Grimoire Heart dan Zeref.[20] Terdapat 100 orang Mage berada dalam fairyTail.[21]

Semasa Percubaan Promosi Mage Kelas S, beberapa ahli Fairy Tail, termasuk Ketua Persatuannya, hilang. Selepas sahaja insiden itu, kekuatan Fairy Tail jatuh merundum sehinggalah kepulangan semula beberapa ahli yang hilang selama tujuh tahun. Walaupun kekuatan ahli yang sedikit semakin menaik,[22] kehilangan ahli utama masih menghantui kekuatan mereka, terutama berbanding dengan persatuan seperti Blue Pegasus dan Lamia Scale, dimana kekuatan mereka semakin meningkat dengan mendadak.[23]

AhliSunting

Ahli Fairy Tail

Kebanyakan ahli-ahli Fairy Tail yang menonjol

Pada tahun X784, Fairy Tail ditubuhkan dengan lebih kurang 100 orang ahli.[21] Tetapi, disebabkan peristiwa di Pulau Tenrou, bilangan Mage mula berkurang secara mendadak,[24] selebihnya agak sedikit walaupun selepas kepulangan ramai ahli-ahli utama di persatuan ini dari pulau itu sendiri, Kedudukan dalam beberapa puluhan.[25]

Walaupun reputasi besar persatuan dan kemasyhurannya, menjadi ahli Fairy Tail memerlukan kelulusan mudah daripada Ketua Persatuan, tanpa mengira keupayaan Magik, bekas ahli persatuan lain atau pendapat ahli-ahli lain. Hal ini boleh dibuktikan yang Makarov Dreyar tiada masalah untuk memasukkan Juvia Lockser, bekas Mage dari persatuan Phantom Lord, yang memulakan Perang Persatuan dengan Fairy Tail dan menyebabkan kerosakan teruk; Gajeel Redfox, seorang lagi Mage dari Phantom Lord yang menyebabkan pasukan Shadow Gear Fairy Tail dan memusnahkan bangunan pertama, juga telah diajak oleh Makarov sendiri, kata Ketua Persatuan memberitahu bahawa telah menjadi tugasnya untuk "membimbing anak-anak muda yang telah kehilangan jalan mereka kembali ke jalan yang benar".[26]

Mirajane Strauss, ketika bercakap kepada Lucy Heartfilia, menerangkan bawaha setiap ahli Fairy Tail membawa luka masa lalu yang sedih.[27]

Nama Pangkat Pasukan Status
Mavis VermilionKetua Persatuan PertamaTiadaMati
PurehitoKetua Persatuan KeduaTiadaKeluar Persatuan
Makarov DreyarKetua Persatuan Ketiga dan Keenam Pasukan MakarovAktif
Macao ConboltKetua Persatuan KeempatTiadaAktif
Gildarts CliveMage Kelas S
Ketua Persatuan Kelima
TiadaAktif
Erza ScarletMage Kelas S Pasukan Natsu
Pasukan Fairy Tail
Aktif
Mirajane StraussMage Kelas SPasukan PenyelamatAktif
MystoganMage Kelas STiadaKeluar Persatuan
Laxus DreyarMage Kelas SPuak Dewa Kilat
Pasukan Fairy Tail
Aktif
Juvia LockserMage Pasukan Fairy TailAktif
Freed JustineMagePuak Dewa KilatAktif
Natsu DragneelMage Pasukan Natsu
Pasukan Penyelamat
Aktif
Gray FullbusterMage Pasukan Natsu
Pasukan Fairy Tail
Aktif
Levy McGardenMageShadow GearAktif
Cana AlberonaMageTiadaAktif
Elfman StraussMageTiadaAktif
Gajeel RedfoxMage Pasukan Fairy TailAktif
EvergreenMagePuak Dewa KilatAktif
BickslowMagePuak Dewa KilatAktif
Lucy HeartfiliaMage Pasukan NatsuAktif
HappyMage Pasukan Natsu
Pasukan Penyelamat
Aktif
JetMageShadow GearAktif
DroyMageShadow GearAktif
LokeMageTiadaJarang Aktif
Lisanna StraussMageTiadaAktif
Wendy MarvellMagePasukan PenyelamatAktif
CarlaMagePasukan PenyelamatAktif
PantherlilyMagePasukan PenyelamatAktif
Romeo ConboltMageTiadaAktif
Reedus JonahMageTiadaAktif
Nab LasaroMageTiadaAktif
Alzack ConnellMageTiadaAktif
Bisca MulanMageTiadaAktif
Vijeeter EcorMageTiadaAktif
Wakaba Mine Penolong Ketua Persatuan Ke-4TiadaAktif
Warren RockoMageTiadaAktif
Max AlorsMageTiadaAktif
Laki OliettaMageTiadaAktif
KinanaWaitressTiadaAktif
Wang ChanJiMageTiadaAktif
PorlyusicaPenasihat Perubatan Pasukan MakarovJarang Aktif
KrovMageTiadaTidak Dapat Dikenalpasti
NiggyMageTiadaTidak Dapat Dikenalpasti
Tono RabbitsMageTiadaAktif
Mickey ChickentigerMageMega-DeathTidak Dapat Dikenalpasti
Mikuni ShinMageTiadaTidak Dapat Dikenalpasti
Chico=C=HammittMageTiadaAktif
Joey FullbornMageTiadaAktif
EnnoMageTiadaTidak Dapat Dikenalpasti
RobMage Pasukan MakarovMati
Ivan DreyarMageTiadaDibuang Persatuan
BobMage Pasukan MakarovKeluar Persatuan
GoldmineMage Pasukan MakarovKeluar Persatuan
YajimaMage Pasukan MakarovKeluar Persatuan

Magik & PeralatanSunting

MagikSunting

Fairy Tail mempunyai tiga mentera Magik yang kuat berhubungan dengan persatuan. Antaranya adalah:

Perlawanan BesarSunting

RujukanSunting

  1. Fairy Tail Manga: Bab 210, M/s 6
  2. Fairy Tail Anime: Episod 41
  3. Fairy Tail Manga: Bab 4, M/s 2
  4. Fairy Tail Manga: Bab 82, M/s 1
  5. Fairy Tail Manga: Bab 258, M/s 12
  6. Fairy Tail Manga: Bab 254, M/s 10
  7. Fairy Tail Manga: Bab 63, M/s 4
  8. Fairy Tail Anime: Episod 27
  9. Fairy Tail Manga: Bab 203, M/s 4-5
  10. Fairy Tail Manga: Bab 64, M/s 9-10
  11. Fairy Tail Manga: Bab 258, M/s 10-19
  12. Fairy Tail Manga: Bab 201, M/s 13-17
  13. Fairy Tail Manga: Bab 201, M/s 15
  14. Fairy Tail Manga: Bab 202, M/s 4
  15. Fairy Tail Manga: Bab 106, M/s 9
  16. Fairy Tail Manga: Bab 102, M/s 8
  17. Fairy Tail Manga: Bab 102, M/s 9
  18. Fairy Tail Manga: Bab 102, M/s 9-10
  19. Fairy Tail Manga: Bab 210, M/s 5-6
  20. Fairy Tail Manga: Bab 223, M/s 3-4
  21. 21.0 21.1 Fairy Tail Manga: Bab 108, M/s 4
  22. Fairy Tail Manga: Bab 259, M/s 1
  23. Fairy Tail Manga: Bab 259, M/s 20
  24. Fairy Tail Manga: Bab 254, M/s 7
  25. Fairy Tail Manga: Bab 255, M/s 12-13
  26. Fairy Tail Manga: Bab 103, M/s 8-11
  27. Fairy Tail Manga: Bab 2, M/s 37-39

NavigasiSunting

Ad blocker interference detected!


Wikia is a free-to-use site that makes money from advertising. We have a modified experience for viewers using ad blockers

Wikia is not accessible if you’ve made further modifications. Remove the custom ad blocker rule(s) and the page will load as expected.

Sekitar rangkaian Wikia

Wiki Rawak