FANDOM


Dalam siri Fairy Tail karya Hiro Mashima Magik (魔法 Mahō) adalah bentuk pertarungan utama yang digunakan oleh semua Mage dalam siri Fairy Tail. Magik juga adalah roh penjelmaan fizikal. Apabila roh fizikal organisma menghubungkan dengan aliran kerohanian alam, roh membentuk Magik sebagai hasil sambungan. Magik menjadi bahan dagangan di seluruh Kerajaan Fiore; dan seluruh dunia dalam Fairy Tail.

Magik telah wujud berabad lamanya. Setiap jenis Magik datang daripada sumber Satu Magik, sumber asal semua jenis Magik. Dahulu Magik adalah sesuatu yang menakutkan, tetapi lama-kelamaan Magik menjadi norma kehidupan.[1]

Hanya 10% penduduk boleh menggunakan Magik, yang dipercayai untuk mengimbangkan diantara orang biasa dengan orang yang pandai menggunakan Magik. Magik menggunakan sejumlah besar tumpuan dan kebolehan mental.[2] Mage boleh belajar pelbagai gaya Magik, tetapi ia perlu diberi perhatian bahawa banyak Mage mempunyai pertalian semula jadi untuk gaya Magik mereka sendiri, seperti naluri Erza Scarlet menggunakan bentuk asas bagi Magik Lengkapan ketika kecil.

Pantang LarangSunting

Setiap Magik telah menetapkan sendiri peraturan yang tidak boleh dilanggar, yang dikenali sebagai pantang larang. Pantang larang yang berbeza mempunyai kesan yang berlainan pada badan pengguna jika mengabaikannya.[3][4][5]

PengelasanSunting

Terdapat dua pengelasan utama untuk Magik: Magik Caster dan Magik Holder. Dalam kedua-dua pengelasan ini terdapat banyak sub kategori seperti Alatan Edolas, Magik Purba, dan Alatan Magik.

  • Magik Caster: (キャスターマジック Kyasutā Majikku) Mage yang boleh menggunakan kuasa pada badannya sendiri, berlainan dengan Magik dilakukan melalui penggunaan senjata atau alatan.
  • Magik Holder: (ホルダーのマジック Horudā Majikku) Magik yang memerlukan Mage menggunakan alatan untuk menghasilkan kuasa. Magik ini selalunya memerlukan Kuasa Magik, walaupun begitu ada pengecualian seperti Alat Edolas yang dikuasai oleh Lakrima.
  • Magik Purba: (古代魔法, エンシェントスペル, Enshento Superu), seperti dinamakan, adalah Magik pada zaman dahulu. Ianya termasuk semua bentuk Magik yang Hilang, Nirvana, Memory-Make dan juga Seni Hitam.[6]
    • Magik yang Hilang: (失われた魔法 Rosuto Majikku) adalah sejenis Magik yang dibuang daripada sejarah dunia kerana kekuatan kuasanya dan perubahan kesan sampingan yang besar akan berlaku pada pengguna. Tetapi pengguna bagi Magik ini masih wujud, walaupun ramai menganggap Magik ini sangat jarang dijumpai.

Perbezaan dalam Manga dan AnimeSunting

  • Dalam anime hampir semua Magik dalam Fairy Tail meletakkan bulatan menterai tetapi tidak pada manga. Bulatan ini muncul apabila mentera dibaca, atau menumpukan Kuasa Magik pada satu titik.

RujukanSunting

  1. Fairy Tail Manga: Bab 216, M/s 14
  2. Fairy Tail Manga: Bab 2, M/s 22
  3. Fairy Tail Manga: Bab 224, M/s 6
  4. Fairy Tail Manga: Bab 238, M/s 2
  5. Fairy Tail Anime: Episod 108
  6. Fairy Tail Manga: Jilid 34, Extra

Ad blocker interference detected!


Wikia is a free-to-use site that makes money from advertising. We have a modified experience for viewers using ad blockers

Wikia is not accessible if you’ve made further modifications. Remove the custom ad blocker rule(s) and the page will load as expected.

Sekitar rangkaian Wikia

Wiki Rawak