FANDOM


Sebelum:

Natsu Dragneel, Lucy Heartfilia, & Happy lwn. Bora

Seterusnya:

Natsu Dragneel lwn. Virgo dan Pembantu Rumah Everlue

Natsu Dragneel & Lucy Heartfilia lwn. Vulcan (Macao Conbolt)
Natsu beats a Vulcan.jpg
Arka:

Arka Macao

Tempat:

Gunung Hakobe

Hasilnya:

Natsu Dragneel dan Lucy Heartfilia menang.

Watak yang Terlibat
Kuasa dan Kebolehan

Natsu Dragneel

Lucy Heartfilia

Taurus

  • Kapak Dua Mata Bilah

Vulcan (Macao Conbolt):

Kerosakan yang Dilakukan/Terkorban

Natsu Dragneel tidak cedera.
Lucy Heartfilia tidak cedera.
Taurus cedera ringan.

Macao Conbolt cederah parah.

Natsu Dragneel & Lucy Heartfilia lwn. Vulcan (Macao Conbolt) adalah perlawanan diantara beberapa Mage dari Fairy Tail, Natsu Dragneel dan Lucy Heartfilia, dan Macao Conbolt dimana badannya diambil alih oleh Vulcan.

PrologSunting

200px-Natsu_pushed_off_of_mountain.jpg
Natsu ditolak keluar dari Gunung Hakobe oleh Vulcan

Selepas memberitahu Romeo yang dia akan menyelamatkan Macao Conbolt, Natsu Dragneel bersama Lucy Heartfilia dan Happy bergerak menuju ke Gunung Hakobe untuk menyelamatkan Macao.[1] Semasa dalam perjalanan Lucy dibawa lari dan dijadikan tebusan oleh seekor Vulcan, dan Natsu dating untuk menyelamatkannya. Sebaik sahaja sampai, Natsu bertegas kepada Vulcan mengenai dimana Macao disorok. Vulcan menunjuk isyarat kepada Natsu untuk melihat ke pinggir gunung lalu Natsu ditolak keluar dari gunung itu.[2]

PerlawananSunting

200px-Taurus_summoned_for_battle_against_Vulcan.jpg
Taurus dipanggil untuk berlawan dengan Vulcan

Selepas Natsu ditolak keluar dari gunung, dalam keadaan marah, Lucy memanggil Taurus untuk berlawan. Sebaik sahaja terlihat Lucy, Taurus memuji buah dada Lucy dan Vulcan memberitahu jangan mengambil perempuannya. Taurus takkan memaafkan kerana pernyataan itu dan membetulkan percakapan Vulcan yang patut dinyatakan "buah dada saya" bukan "perempuan saya".[3]

200px-Taurus_kicked_by_Natsu.jpg
Taurus dikeluarkan daripada perlawanan oleh Natsu

Taurus kemudiannya menyerang Vulcan, tetapi terhalang apabila Natsu Dragneel muncul semula. Apabila Natsu terlihat Taurus, dia sangka Taurus adalah raksasa jahat, dan menyepak Taurus tepat pada muka, lalu Taurus pengsan. Lucy menyumpah akan kelemahan Taurus, dan bertanya Natsu bagaimana dia terselamat.[4] Happy kemudiannya muncul di atas mereka, dan Lucy teringat yang Happy boleh terbang, dan Happy menyatakan Magiknya dipanggil Aera. Vulcan tadi bangun semula dan mula menyerang Natsu dan Lucy.[5]

200px-Natsu_shoots_Vulcan.jpg
Natsu menembak Vulcan

Natsu kemudiannya memberitahu Vulcan bahawa setiap ahli Fairy Tail adalah rakan seperjuangan, dan Vulcan meluru kearah Natsu dan mahu menyepak Natsu, tetapi Natsu menghalang serangan itu, dan menyepak Vulcan di bahagian perut dan menyatakan yang dia akan ambil semula Maca.[6][7] Vulcan kemudiannya mula mengutip ais yang tajam pada bumbung gua dan membaling kearah Natsu, tetapi dengan mudahnya Natsu mencairkan ais itu dengan api. Vulcan mengambil kapak Taurus dan Natsu menganggap kapak itu memang menyakitkan. Vulcan menghayunkan dengan kuatnya kearah Natsu dan Natsu berjaya mengelak serangan itu, tetapi tergelincir kerana lantai gua yang licin. Vulcan mula mencuri peluang untuk menetak Natsu dengan kapak selepas sahaja Natsu jatuh.[8]

200px-Natsu_beats_a_Vulcan.jpg
Natsu mengalahkan Vulcan

Sebaliknya, Natsu, menangkap kapak dengan kedua tangannya. Lucy pergi ke Taurus dan mencuba untuk menyedarkan Taurus supaya kapaknya hilang. Natsu dan Vulcan sedang bergelut, dan Natsu mula mencairkan kapak itu dan memakan cairan panas itu, jauh dari jangkaan Lucy.[9] Natsu mula menebak besi panas yang dikumpulkan dalam mulunya kearah Vulcan.[7] Natsu menumbuk Vulcan dimuka dengan Tumbukan Besi Naga Api dan mengalahkan Vulcan.[10]

Selepas KejadianSunting

200px-Macao_released_from_Vulcan_Take_Over.jpg
Macao dilepaskan dari Ambil Alih kepunyaan Vulcan

Vulcan yang dikalahkan berubah menjadi Macao. Happy menyatakan bahawa Macao diambil alih oleh Vulcan. Macao kemudiannya jatuh melalui lubang dinding dari hentakan semasa dalam bentuk Vulcan, dan Natsu berlari untuk mendapatkannya, dan Happy memegang Natsu. Happy memberitahu Natsu yang dia tak dapat bertahan lama lalu Lucy bergegas memegang ekor Happy.[11] Taurus pula memagang Lucy dan menyatakan jangan risau.[12]

200px-Natsu%2C_Lucy%2C_and_Happy_bring_Macao_to_Romeo.jpg
Natsu, Lucy, dan Happy membawa Macao pulang

Selepas menarik Macao masuk mereka mendapati Macao mempunyai luka yang membawa maut, dan mereka mencuba untuk mengubatinya. Mereka mula hilang jalan penyelesaian kerana Macao tidak boleh dirawat dengan Kit Batuan Kecemasan, lalu Natsu membakar luka untuk menutup luka dan arahkan Lucy untuk memegang Macao. Macao mula sedar dan memberitahu yang dia telah membunuh 19 Vulcan tetapi diambil alih oleh yang ke-20.[13] Mereka pulang ke Magnolia dan membawa Macao kepada Romeo.[14]

RujukanSunting

  1. Fairy Tail Manga: Episod 3, M/s 1
  2. Fairy Tail Manga: Episod 3, M/s 2-7
  3. Fairy Tail Manga: Episod 3, M/s 8-10
  4. Fairy Tail Manga: Episod 3, M/s 11-12
  5. Fairy Tail Manga: Episod 3, M/s 13
  6. Fairy Tail Manga: Episod 3, M/s 13-15
  7. 7.0 7.1 Fairy Tail Anime: Episod 2
  8. Fairy Tail Manga: Episod 3, M/s 16-17
  9. Fairy Tail Manga: Episod 3, M/s 18-19
  10. Fairy Tail Manga: Episod 3, M/s 20
  11. Fairy Tail Manga: Episod 3, M/s 21-23
  12. Fairy Tail Manga: Episod 3, M/s 24
  13. Fairy Tail Manga: Episod 3, M/s 25-27
  14. Fairy Tail Manga: Episod 3, M/s 27-29

NavigasiSunting

Tiada Arka Macao Arka Daybreak
Tiada Bab-bab
1 | 2 | 3
Tiada Episod
1 | 2

Ad blocker interference detected!


Wikia is a free-to-use site that makes money from advertising. We have a modified experience for viewers using ad blockers

Wikia is not accessible if you’ve made further modifications. Remove the custom ad blocker rule(s) and the page will load as expected.

Sekitar rangkaian Wikia

Wiki Rawak